CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Mahu Siasatan Segera Kematian Pelajar Tahfiz

27-4-2017 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5734| Komen: 31

“Saya mahu siasatan kes ini dipercepatkan agar kita tahu punca kematian dan diambil tindakan undang-undang jika ada kesalahan.”

Demikian arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman Facebook rasmi beliau kelmarin berhubung kes kematian pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gadaffie yang dipercayai dipukul oleh pembantu warden.


Sambil melahirkan rasa sedih berikutan kematian pelajar terbabit yang sebelum ini kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman, Perdana Menteri berkata, punca kematian akan dapat diketahui menerusi siasatan berkenaan sekali gus tindakan undang-undang boleh diambil jika ada kesalahan.

“Innalillah. Sedih menerima berita pemergian adik Mohd. Thaqif Amin di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Takziah buat keluarga arwah dan Insya-Allah, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) akan mewakili saya di majlis pengebumian arwah."


Sementara itu, polis mengklasifikasikan semula kes kematian pelajar tahfiz yang dilapor dipukul pembantu warden asrama sekolahnya sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kes adik Mohamad Thaqif Amin - PDRM ucapkan takziah kepada keluarga anak ini dan telah mengklasifikasikan semula siasatan di bawah Seksyen 302 (Kanun Kesiksaan) kerana bunuh," kata beliau di laman Twitternya kelmarin.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Mohamad Thaqif Amin.

Berikutan itu, Khalid berkata polis akan mendapatkan laporan penuh perubatan dan melengkapkan siasatan dengan segera.

Dalam pada itu, jenazah pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang meninggal dunia petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Aping Timur di Kota Tinggi malam tadi- CARI

sumber : intrenet


15

Bagus
10

Marah
26

Terkejut
14

Sedih
12

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jigglybuffs 27-4-2017 09:45 AM
Scoring good political mileage........
Quote AbukRokok 27-4-2017 10:26 AM
warden perangai isis
Quote jue10 27-4-2017 10:30 AM
Cpt sikit tgkap pembunuh tu
Quote white_musk 27-4-2017 10:38 AM
302 sudah. Siapa yg kemungkinan dikambinghitamkan?
Quote nisako 27-4-2017 10:39 AM
takziah buat family
Quote kamil8891 27-4-2017 01:59 PM
warden tu bekas banduan kan
tp tak tau la kes ape
cite menarik BUKAN KE arwah ade tinggal note ke
ckp tak tahan duk situ then hari2 kene pukul n arwah ckp baik dia pergi2xdek di dunia ni
last2 doa dia makbul
tp parent buat tak tahu
takziah
Quote chinta89 27-4-2017 03:11 PM
takziah dik...
Quote chinta89 27-4-2017 03:11 PM
kamil8891 replied at 27-4-2017 01:59 PM
warden tu bekas banduan kan
tp tak tau la kes ape
cite menarik BUKAN KE arwah ade tinggal note ke
...

ambil tindakan jugak kpd parent sb x cakna
Quote white_musk 27-4-2017 03:12 PM
Parent dia takmau Jaga anak kan.
Quote EJALTI 27-4-2017 03:15 PM
Cepat la siasat, cepat jatuhkan hukum...
Quote BoongaKertas 27-4-2017 03:27 PM
safiey ilyas kata nak bantu family ni
alhamdulillah kalau menjadi realiti
keadilan utk arwah harus ditegakkan
Quote Simunggu 27-4-2017 03:28 PM
ini satu jenayah...kena siasat juga....walaupun di sekolah...
Quote nolya 27-4-2017 03:44 PM
EJALTI replied at 27-4-2017 03:15 PM
Cepat la siasat, cepat jatuhkan hukum...

Kes kematian spt itu jgn nak cepat siap je, harus teliti juga.  Sian polis..... burung merpati burung merbuk, terbang riang ke bukit Ulu, seboknya polis bertambah sebok, tak tau yg mana nak siasat dulu. Tetiba je PM show deep interest in such a case.  What about other cases such as the detainees yg mati dlm lokap.  


Quote EJALTI 27-4-2017 03:45 PM
nolya replied at 27-4-2017 07:44 AM
Kes kematian spt itu jgn nak cepat siap je, harus teliti juga.  Sian polis..... burung merpati bur ...

Faham ahkak......tapi rasa geram sesangat....
Quote rosasa 27-4-2017 03:54 PM
akak tak sanggup baca berita pasal thaqif ni lagi, luluh hati
Quote wunan88 27-4-2017 04:17 PM
siasat lar..tapi aku suspek budak nie ada sakit lain..

xlogik kena rotan boleh teruk sampai macam nie.
Quote sumimanis 27-4-2017 04:27 PM
wunan88 replied at 27-4-2017 04:17 PM
siasat lar..tapi aku suspek budak nie ada sakit lain..

xlogik kena rotan boleh teruk sampai macam ...

ramai yg cakap mcmni...hanya Allah je yg maha mengetahui. Semoga cepatlah kes ni disiasat n dpt buktikan punca sebenar
Quote batmana 27-4-2017 05:16 PM
kesimpulannya,

jgnla pkul anak org,
Quote missinpiece 27-4-2017 05:19 PM
Warden tu jd penyebab kematian adik ni la.. Wrong time wrong place la kn

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.066046 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top