CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Seram, Gambar Kepala Pontianak Dalam Balang Kaca Jadi Tular

25-4-2017 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25979| Komen: 38|Original author: Oleh : Hafiz BZ



Sejak beberapa hari lepas, heboh di aplikasi WhatsApp membicarakan tentang beberapa keping gambar yang dipercayai kepala hantu pontianak.

Di dalam gambar yang tular itu, kelihatan kepala pontianak itu telah dipenggal, dipaku dan disimpan dalam sebuah balang kaca yang tertutup.


Tidak dijelaskan pula sama ada Pontianak dalam balang yang dijual itu untuk tujuan ilmu hitam atau hanya sekadar "patung seram" untuk dijadikan koleksi buat peminat alam mistik.

Yang pasti, amat sukar untuk dipercayai tentang kewujudan hantu pontianak ini dan ia sangat menyeramkan. 


Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, Pontianak atau Kuntilanak adalah hantu yang suka berjalan seorang diri di jalan yang gelap dan sunyi. Ada juga yang mendakwa Pontianak adalah roh-roh wanita yang mati ketika hamil dan hanya mengganggu kaum lelaki sahaja.

Dipercayai lagi, jika ada jejaka yang terserempak dengan Pontianak dalam jelmaan wanita dan berjaya memasukkan paku ke bahagian belakang tengkuknya, pontianak tersebut akan bertukar menjadi wanita cantik dan boleh dikahwini. Tetapi sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali menjadi pontianak.


Kisah-kisah seram tentang hantu Pontianak telah banyak difilemkan di Malaysia dan juga Indonesia. 



Tidak kurang juga yang menjadikan kisah Pontianak untuk tujuan iklan komersial.


Apapun, sebagai umat Islam kita dilarang sama sekali memohon pertolongan hantu atau jin sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang mendatangkan Syirik.

Allah Ta’ala berfirman dalam al-Qur’an surat al-Ahqaf ayat 5-6:

وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّنْ يَدْعُو مِنْ دُونِ اللَّهِ مَنْ لَا يَسْتَجِيبُ لَهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَهُمْ عَنْ دُعَائِهِمْ غَافِلُونَ. وَإِذَا حُشِرَ النَّاسُ كَانُوا لَهُمْ أَعْدَاءً وَكَانُوا بِعِبَادَتِهِمْ كَافِرِينَ

“Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang beribadah kepada sembahan-sembahan selain Allah yang tiada dapat memperkenankan (doa) nya sampai hari kiamat dan mereka lalai dari (memperhatikan) doa mereka? Dan apabila manusia dikumpulkan (pada hari kiamat) niscaya sembahan-sembahan itu menjadi musuh mereka dan mengingkari pemujaan-pemujaan mereka.” 


Ingat! Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. - CARI






15

Bagus
17

Marah
10

Terkejut
20

Sedih
9

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kamil8891 25-4-2017 11:46 AM
boleh percaya ke
tapi kalau makhluk ghaib tu mmg percaya la
mmg wujud dh bjuta tahun dulu lg
kalau ikut kiraan manusia atas dunia@muka bumi ni hanya 10% je kalau nk dibandingkan dgn jin iblis syaitan 90%
Quote hanip_anip 25-4-2017 12:11 PM
eleh ni semua Indognesia punya keje la ni. Tak abis2 entiti entiti entiti entiti abah kau. pastu buat movie mesti tajuk perawan....nk target penonton la sangat. kahkahkahkah such noob
Quote myakayina 25-4-2017 12:16 PM
hmm..baca boleh..percaya jangan.. setau aku benda ni ghaib..klu dah dipaku boleh penggal mcm tu ke? lepas tu saiznya pun kecik ajer..
Quote CrowneGlory 25-4-2017 12:26 PM
Dah serupa bibir nita sarawak pulak...
Quote S|_BUTA 25-4-2017 12:36 PM
Keciknyerr
Quote jiwarasa 25-4-2017 12:51 PM



itu la pasal. camane nak kahwin kalau besar ni je



Quote RatuDunia94 25-4-2017 01:18 PM
Rambut tu pelesu sangat..
Quote ffbeauties 25-4-2017 02:06 PM
Seksinya bibir pontianak tu
Quote AbukRokok 25-4-2017 02:12 PM
ntah kepala bayi mana la yang diambilnya... harap polis buat siasatan jenayah
Quote Cyempaka 25-4-2017 02:14 PM
amboi kening kak pon...keless
Quote cHimo 25-4-2017 02:14 PM
Ini bukan gambar dah lama ke? Hmmmmmm.......
Quote irwansuhadi 25-4-2017 02:54 PM
tera patrick tu... huhuhu
Quote hdon 25-4-2017 03:06 PM
Patung je kot
Quote ciwi1166 25-4-2017 03:16 PM
nampak benor nipu...
Quote fly_in_d_sky 25-4-2017 03:59 PM
isk boleh ke kahwin dengan pontianak? habis if let say dah muak dengan pontianak tu, macam mana? cerai macam mana? kalau ada anak macam, eh dengan pontianak boleh dapat zuriat ke?
Quote belilies 25-4-2017 04:38 PM
Nape bibiaq dia camtuu?
Quote WhiskeyScotch 25-4-2017 04:57 PM
Nampak sangat tipu. Hitamnya muka pontianak. Bibir boleh pula terngiur gitu warna merah. Macam dah tepek gincu jah.

Haaa I tahu nak cc siapa. Idaaaa cuba tengok pontianak dalam balang ni.

@idakamaruddin

Quote idakamaruddin 25-4-2017 05:35 PM
WhiskeyScotch replied at 25-4-2017 04:57 PM
Nampak sangat tipu. Hitamnya muka pontianak. Bibir boleh pula terngiur gitu warna merah. Macam dah t ...

nampak sgt patung getah uolsss

x seremm langsung iols tgk


Quote estrelle 25-4-2017 06:17 PM
Macam2 lah.haritu penampakan jenglot.lepas ni apa plak.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.155406 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top