|
Bergelar raja sehari merupakan impian setiap wanita dan pastinya hari bersejarah ini bakal menjadi kenangan terindah dalam hidup seseorang.
Namun sebaliknya pula yang berlaku terhadap seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Hidayah ini apabila majlis perkahwinannya bertukar tragedi dan mimpi ngeri. Menurut status yang dimuat naik di laman facebooknya, Hidayah menyatakan kekecewaanmya terhadap jurusolek (MUA) yang menyolek wajahnya hingga menjadi buruk dan kelihatan 'cacat'. Mungkin disebabkan hanya memikirkan keuntungan semata-mata, jurusolek ini nampaknya memang seorang yang langsung tidak profesional dan tiada sebarang 'skill' dalam solekan. Sayu sungguh luahan Hidayah ini, "Saya ingin meminta maaf jika pada sabtu yang lepas semasa majlis saya, saya hilang kejap disebabkan malu untuk berjumpa sahabat dengan keadaan muka saya."
Dapat dilihat di dalam gambar, solekannya bercapuk-capuk, merekah dan kelihatan rosak sama sekali. Netizen yang melihat keadaanya ini turut tumpang simpati dan meluahkan pendapat masing-masing. Satu pesanan dari wanita yang rasa dirinya dikhianati ini adalah, "Ambil murah boleh tapi pastikan berkualiti. Sekali seumur hidup tu beb." Buat bakal pengantin di luar sana, jadikan pengalaman wanita ini sebagai satu panduan dan pengajaran anda dalam memilih jurusolek terbaik untuk majlis perkahwinan. Jangan disebabkan terlampau mahu berjimat, rosak habis muka anda 'dikerjakan' MUA yang tidak berkualiti. -CARI |
|
14
![]() Bagus |
19
![]() Marah |
19
![]() Terkejut |
29
![]() Sedih |
30
![]() Lawak |
16
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity


debab76 replied at 24-4-2017 03:23 PM
akak dulu kawin mekap sendiri je dik!! cut cost abis! tadela nk tebal2 mcm opera china. akak lg pref ...
Esmiria replied at 24-4-2017 03:30 PM
Mesti akk cntik kn

:cicicumel replied at 24-4-2017 07:46 AM
MUA tu stands for what?
sudahnya hasil cincai tebal bercapuk muka pngantin stil nampak blubang2.kening dia g tala celak hitam budus pnya mak andam.blusher mcm kene lempang. tapi bg pngantin n org2 situ hat tak pernah makeup of cos la makeup gitu cantik utk deme.hampuras btol.makeup aku g keje lagi cantik 
ADVERTISEMENT