Seorang pemandu mabuk mengambil jalan 'pelik' dengan makan rumput di tepi jalan semata-mata mahu melepasi ujian pernafasan daripada pihak polis.
Menurut laporan televisyen CZTV, lelaki itu disoal siasat oleh polis trafik di Yiwu, wilayah Zhejiang apabila mereka melihat sebuah kereta Mercedes ditinggalkan tepi jalan pada jarak kira-kira 80 meter dari sekatan jalan raya. Polis menangkap lelaki berkenaan selepas terhidu bau kuat alkohol dan memintanya untuk melakukan ujian nafas. Bingung tidak tahu untuk melepasakan diri, lelaki itu membuat percubaan terakhir untuk membuatkan dirinya tidak mabuk dengan maragut rumput di tepi jalan sebelum cuba mengunyahnya.
"Pemandu mungkin mahu untuk mengubah tahap alkohol dalam darah dengan makan rumput. "Kami minta dia berhenti makan rumput. Dia tak mahu mendengarnya. Nampak seperti ada yang ditelan dan ada yang diludah keluar," kata polis kepada media tempatan. Tindakan pemandu itu menjadi viral di internet, dengan pengguna media sosial mengejek kelakuannya.-CARI
|
7
Bagus |
20
Marah |
12
Terkejut |
15
Sedih |
6
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT