Tahukah anda dengan mengamalkan beberapa tabiat tertentu, tak perlu banyak pun bagi permulaan, mampu memberi impak yang besar kepada kehidupan anda.
Tanpa disedari setiap hari kita sentiasa disajikan dengan pelbagai elemen negatif seperti stres, keletihan, pencemaran udara, diet yang tak terjaga dan sebagainya. Anda boleh mencuba 5 amalan atau tabiat positif yang berikut sebagai permulaan. Jangan tak percaya, anda mampu bangun dengan semangat lebih membara untuk menghadapi hari yang penuh cabaran. Badan anda makin sihat dan ringan, minda juga lebih positif dan akhirnya kehidupan anda lebih bermakna serta bahagia. Cubalah! 1. Minum teh herba
Jadikan ia satu habit yang anda lakukan setiap hari. Ambil sedikit masa meskipun cuma 5 atau 10 minit sahaja pada waktu pagi untuk minum teh herba kegemaran anda. Tak tahu nak minum apa? Pilihlah teh chamomile kerana ia dipercayai boleh menenangkan minda dan juga jiwa. Teh halia pula meningkatkan sistem imun dan mengelakkan masalah pada sistem pencernaan. Minumlah teh hijau kerana ia tinggi kandungan antioksidan dan mampu melawan penyakit kanser. 2. Tidur yang cukup Kajian membuktikan mereka yang mahu berasa gembira dan bahagia, haruslah mendapatkan tidur yang mencukupi. Seperti yang dikatakan oleh pengkaji berikut, Daniel Kahneman dan Alan B. Krueger, mendapati adanya kaitan dengan tidur berkualiti dengan keseluruhan rasa bahagia. Ya, patutlah mereka yang tak cukup tidur rasa nak marah selalu kan? No wonder! 3. Eat clean Makanlah makanan kegemaran anda, kerana ia boleh membuatkan anda rasa gembira. Bak kata pepatah, kenyang perut senang hati. Namun, ingat sentiasa ambil dalam jumlah sederhana. Eat clean yang paling digalakkan kerana ia mampu memulihkan minda yang serabut, badan yang mudah letih dan lesu dan sebagainya. Memang makanan sangat mempengaruhi emosi anda. Lebihkan sayuran hijau dan juga buah-buahan, kurang lemak dan makanan berminyak serta makanan ringan. 4. Cubalah perkara baru Siapa yang tak bosan lakukan perkara sama setiap hari dan setiap masa. Cubalah perkara dan hobi baru. Ahli psikologi, di Rich Walker of Winston-Salem State University mendapati mereka yang melalui pelbagai pengalaman berbeza mempunyai lebih aura positif dan gembira. Mereka ini juga dikatakan kurang mengalami emosi negatif berbanding mereka yang jarang mencuba pengalaman baru. 5. Berehat seketika Kenapa nak kalut-kalut ketika anda sedang berasa stres dan juga letih, terutamanya ketika balik bekerja. Ambil masa untuk berehat ketika anda berasa emosi negatif mula menguasai diri. Sambil-sambil tu anda bolehlah bergambar, berswafoto atau pun minum bersama rakan. - CARI |
15
Bagus |
2
Marah |
6
Terkejut |
17
Sedih |
5
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT