Bila mengadap jalan jem setiap hari, siapa yang tak rasa macam nak mengamuk dan stres, kan? Tunggu dulu, rakyat Malaysia dan stres memang tak dapat dipisahkan. Dan terbukti, laporan di surat khabar pun menunjukkan negara kita mengalami stres melampau iaitu 63 peratus kalau nak dibandingkan dengan negara lain. Terkejut ke tu?
Namun, itu bukan alasan untuk terus meroyan dan buat gila atas jalan, kan? Banyak sahaja perkara yang anda boleh lakukan ketika berasa tak tahan dengan jalan raya yang sesak sepanjang masa tu. Nah, ini dia 6 benda yang anda boleh lakukan bila agak-agak terasa stres bila di tengah jalan. Namun, sebelum tu ingat, keselamatan tetap nombor 1 ya, jangan buat kerja gila sampai boleh bahayakan nyawa pula kat tengah jalan tu!
1. Rakam video lucu Bila terasa stres, cepat capai telefon dan buka je apps Dubsmash tu. Masa nilah boleh anda rakam macam-macam aksi yang melucukan, tak cukup sorang boleh aje ajak kawan-kawan semua. Confirm gelak terkekek-kekek nanti. Bosan dengan Dubsmash, cuba pula dengan Snapchat, pun seronok gila. 2. Makan sampai lebam Siapa kata dalam kereta tak boleh makan? Ambil cepat pisang goreng panas-panas, keropok lekor, karipap takpun burger yang dibeli di gerai tepi jalan tadi, alahai memang sedap betul! Penuh mulut mengunyah, langsung tak sedar dua jam tersangkut dalam trafik. Tau-tau je dah sampai rumah. Yahuu! 3. Nyanyi sambil buat memek muka Memang melucukan betul, tapi dah terbukti ramai yang suka menyanyi kuat-kuat dalam kereta sambil menari dan buat memek muka yang kelakar. Sampai kereta sebelah pun berhenti nak tengok apa bendalah yang anda lakukan tu. Lawak sangat! Hilang stres beb! 4. Berangan jadi reporter sekejap Daripada melayan rasa stres, cepat update status kat laman Facebook atau Twitter tentang traffic jam di kawasan anda itu. Beranganlah jadi reporter sekejap, sambil tu dapat bantu orang sekeliling jadi lebih alert dengan jalan kat situ. Bagus ke tak? 5. Calit mekap, sembur perfume Muka pun dah masam bila tengok jalan sesak, lebih baik guna masa ni untuk pakai mekap. Cuma calit-calit sedikit gincu, oles bedak dan juga sembur perfume. Ha, barulah nampak segar dan bersemangat balik. Bagi kaum lelaki, kalau terlebih rajin bolehlah shave muka anda masa ini. Efisien gitu! 6. Shopping jom! Inilah terapi paling berkesan tak kisah untuk lelaki atau perempuan ketika berasa stres. Ajak kawan-kawan, sambil tu boleh minum kopi, makan aiskrim dan aktiviti bersama. Tak tahu nak melencong ke mana, singgah aje kat stesen petrol sekarang ada macam-macam menarik tau! |
22
Bagus |
18
Marah |
21
Terkejut |
17
Sedih |
17
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94 replied at 28-4-2017 01:09 PM
Iols pasang cd minus one karok dlm keta.... Ala2 practise vocal gitu..
matchstick replied at 28-4-2017 12:59 PM
kucing tu comel gile
ADVERTISEMENT