Pasti hampir setiap isi rumah memiliki atau paling kurang pernah melihat beg tote Ikea berwarna biru yang besar gedabak tu, betul tak?
Ikea bukan sahaja terkenal dengan perabot dan perkakas rumah yang unik dan mampu milik. Ia juga terkenal dengan beg biru besar itu yang sangat praktikal. Sumbatlah nak sumbat apapun, macam poket Doraemon pun ada! Bagaimanapun, jenama terkemuka Eropah, Balenciaga hari ini sekali lagi mencetus kontroversi apabila rekaan beg terbarunya sebiji sama dengan beg pasar raya perabot terbabit. Zahirnya, kedua-dua beg itu kelihatan hampir sama dari saiznya sehinggalah tali pemegang pendek dan panjang. Pun begitu, ia diperbuat daripada material kulit berkedut. Namun, perbezaan yang lebih ketara adalah harganya. Beg Ikea hanya bernilai kurang dari RM5, manakala beg Balenciaga pula bernilai hampir RM9500! Memetik World of Buzz, Ikea bangga kerana Balenciaga menjadikan rekaan beg besar mereka sebagai inspirasi rekaan beg baharunya. Balenciaga bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai persamaan berkenaan. Terdahulu, Balenciaga dikecam kerana rekaan begnya sama seperti selimut yang dijual di pasar raya. Memang ketandusan idea betul pereka Balenciaga. Sampai boleh cilok idea rekaan beg yang jauh lebih murah. Kalau dah pereka ternama pun terpalit kontroversi tiru-meniru, apatah lagi orang kebanyakan. Tak begitu? - CARI
|
17
Bagus |
24
Marah |
17
Terkejut |
21
Sedih |
19
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT