Gara-gara memuat naik sebuah video review iklan produk besarkan payudara, B Confident di akaun Facebook (FB) miliknya baru-baru ini, Nizam Rahman menerima kecaman keras kerana video itu dianggap melampau selain mempersendakan maruah kaum wanita.
"Tolonglah laporkan iklan bodoh ni. Sumpah tak kalakar dan tak menarik langsung," komen netizen. Susulan kecaman itu, Nizam tampil memberi penjelasan menerusi aplikasi FB video live.
"Aku peliklah kenapa yang kecam, komen, semua yang pakai tudung labuh, acah-acah ustazah dan ustaz. Kau jangan nak perasan kau ustazah, tak payah perasan kau masuk syurga. "Nizam tak kisah kalau orang nak komen, tapi dengan cara baik. "Masalahnya yang komen atau PM Nizam, 'wei bapok! kau ubah-ubahlah jadi lelaki'. Ya Allah, sampai Nizam hilang rasa hormat pada mereka yang bertudung labuh. Orang yang macam itu yang banyak kutuk Nizam," katanya. Jelas kelihatan Nizam yang begitu berang dituduh sedemikian rupa. "Sumpah aku geram gila, kurang ajar betul mulut," katanya. Bercerita mengenai videonya di mana dia dikutuk kerana bergaya seperti seorang wanita, Nizam mempersoalkan kembali bagaimana jika wanita sendiri yang mengiklankan produk berkenaan? "Kenapa aku yang lelaki buat macam itu (payudara palsu) pun korang rasa tergugat? Buat itu salah, buat ini salah. Aku dah mengamuk ni," katanya. Loading FB Post... Dalam pada itu, Nizam menasihatkan 'haters' supaya menenangkan jiwa dan fikiran dengan menunaikan solat serta mendoakannya. Bukan dengan cara mengutuk "Hei, berubahlah. Tuhan laknat kau menyerupai wanita". Kata Nizam, mereka bukan Tuhan untuk sesuka hati melaknat sesama manusia. Hanya Tuhan yang berhak melaknat hamba-Nya. "Anggaplah video itu sebagai bahan jenaka. Kalau kau anggap benda itu (video) kotor, kotorlah jadi nya. "Nizam buat video untuk menggembirakn orang lain saja. Kalau tak suka, jangan tengok dan kongsi," katanya. Memang didikan awal bermula daripada ibu bapa. Tetapi jika seseorang itu sudah dewasa dan dianggap melakukan suatu kesalahan, jangan disabitkan ibu bapanya kerana tiada ibu bapa di dunia ini mahukan anaknya melakukan kesalahan. Jika ada sesuatu yang mengganggu fikiran atau rasa tidak puas hati, gunalah cara yang elok kerana cara mencerminkan keperibadian kita. - CARI Loading FB Post... |
11
Bagus |
16
Marah |
13
Terkejut |
19
Sedih |
6
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
intan_smsb replied at 20-4-2017 11:04 AM
ingatkan lepas masuk drama tanah kubur da insaf
myakayina replied at 20-4-2017 11:10 AM
sis pun ingat mcm tu tan..ropanya hamek ko keluar iklan produk besarkan nenen plk.. tapi dlm ...
lolita737 replied at 20-4-2017 11:16 AM
episod tanah kubur yg mana??
tapi iklan ni memang agak keterlaluan..mmg seolah2 mempersendakan ...
sabar_sabariah replied at 20-4-2017 11:27 AM
niat betul dah - nak menggembirakan orang lain
tp cara tak betul
niat tak menghalalkan cara abg ni ...
myakayina replied at 20-4-2017 11:26 AM
ni haa sis, episod 15, pegilah tengok kat youtube.. psl dia menyerupai wanita..nak jadi mcm sajat. ...
lolita737 replied at 20-4-2017 11:32 AM
owh..ada pernah tengok episod ni.. tp xtau la pulak dia..
badan pun sado..xbole lawan sajat.. ...
ADVERTISEMENT