Dunia kecantikan memang tidak pernah gagal dalam mengujakan dan mengagumkan wanita dengan kemunculan pelbagai gaya dan trend terkini. Lebih-lebih lagi dalam seni solekan yang sentiasa ada pembaharuan dari semasa ke semasa. Kalau dahulu bahagian bulu kening ditonjolkan dengan menggunakan teknik coloring, bejeweling, piercing dan highlighting, kini muncul pula gaya baru yang dipanggil sebagai 'Feather Brows'. Feather Brows ini memerlukan kening disikat ke atas dan ke bawah, sementara di tengahnya pula diberikan ruang. Dengan menggunakan gam khas, maka terhasillah bentuk yang seakan-akan bulu pelepah ini. Lebih sesuai bagi mereka yang mempunyai kening tebal kerana lebih senang dibentuk 'pelepah'nya. Trend yang muncul secara tidak sengaja ini bermula apabila seorang jurusolek dari Finland, Stella Sironen berseloroh berkongsi imej keningnya di Instagram. Tanpa disangka, ia terus tular dan menjadi ikutan ramai wanita yang sama-sama tidak mahu ketinggalan mencuba gaya baharu tersebut. Bagaimana, ada yang teringin mahu mencubanya? Mana tahu ia sesuai digayakan ke majlis-majlis tertentu, pasti semua mata akan tertumpu melihat anda seorang. -CARIGaya yang hangat ini sedang melanda media sosial Instagram yang rata-ratanya memuat naik gambar dengan menggunakan hashtag #featherbrows. |
30
Bagus |
15
Marah |
17
Terkejut |
28
Sedih |
18
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94 replied at 18-4-2017 12:57 PM
Mcm ni ke?
ADVERTISEMENT