Sudah agak lama juga tidak mendengar khabar dari Dato' Sheila Majid. Lama menyepi, Ratu Pop-Jazz Malaysia ini muncul kembali menggegarkan industri hiburan tanah air bagi mengubati kerinduan para peminatnya.
Bersempena terbitnya album baharu berjudul Boneka, Sheila Majid bakal mengadakan konsert solonya pada 5 Ogos 2017 yang bertempat di Stadium Negara. Dinamakan sebagai 'Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017’, lagenda industri muzik Malaysia ini menjanjikan persembahan vokal mempesona, lirik yang menarik serta melodi rancak, khas buat peminat setia pada konsert yang bakal diadakan nanti. Karier nyanyiannya yang sudah menjangkau usia 3 dekad, membuktikan penyanyi ini masih diminati ramai. Lagu-lagu popularnya seperti ‘Sinaran, ‘Warna, dan ‘Legenda’ masih diminati ramai dan malar sepanjang zaman. Berinspirasikan moto “May Music Keep Us Together”, peminat boleh menjangkakan set lagu yang hebat yang terdiri daripada lagu-lagu hit dan lagu-lagu dari album terbaharunya. Konsert ini dianjurkan oleh IME Malaysia, diterbitkan More Entertainment dan disokong oleh syarikat pengurusan artis Magada Entertainment. Gabungan sistem audio berkualiti tinggi, 100 para professional, dan ahli muzik terhebat dunia yang diterajui Penerbit Muzik tersohor, Mac Chew ini pastinya menjanjikan malam yang sungguh istimewa buat para peminat. Apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan persembahan Dato' Sheila Majid, seorang penyanyi bersuara unik dan mempunyai bakat yang sungguh luar biasa. Jualan tiket bermula pada 14 April 2017, jam 10:00 pagi, di www.ticketcharge.com.my. Untuk pertanyaan tentang penjualan tiket, hubungi TicketCharge di +603 9222 8811. -CARI
|
11
Bagus |
16
Marah |
8
Terkejut |
20
Sedih |
18
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
BebeQ replied at 17-4-2017 03:16 PM
I rasa nak pergi tapi rege tiket beliau aummmm juga dengan lokasi dekat stadium negara tu. I rasa ma ...
tintalangit replied at 17-4-2017 03:22 PM
beli lah rain coat chuols
dua hengget jer pun...
hujan lebat pun tak kisah...
BebeQ replied at 17-4-2017 03:16 PM
I rasa nak pergi tapi rege tiket beliau aummmm juga dengan lokasi dekat stadium negara tu. I rasa ma ...
BebeQ replied at 17-4-2017 03:35 PM
motip duduk dalam indoor stadium tapi gigih beli/bawa raincoat? stadium negara ni berbumbung uols, ...
tintalangit replied at 17-4-2017 03:22 PM
beli lah rain coat chuols
dua hengget jer pun...
hujan lebat pun tak kisah...
GegarVaganja replied at 17-4-2017 03:38 PM
Tau xpe.Ganja pegi Konsert Avril kat Stadium Negara tu.
Tak hujan pun time tuh, tapi sangat la az ...
eddysheddy replied at 17-4-2017 03:44 PM
bestla stadium negara. konsert ct n friends hari tu pun kat situ. ok je.
hyie replied at 17-4-2017 04:00 PM
iols dah penah tengok konsert kt stadium negara, kalau nak tiket murah tapi seat clear sket, bleh am ...
BebeQ replied at 17-4-2017 03:54 PM
uzur dah nampaknya stadium tu, mentenen pun tak seberapa la tu.
i ingat acik shila yang diangga ...
ADVERTISEMENT