Sering kali kita melihat terdapat sesetengah pasangan yang terlebih 'excited' dan juga acapkali memuatnaik gambar momen mereka bersama di laman sosial.
Sudah tentu tiada salahnya namun, percayakah anda sebenarnya sebilangan besar daripada pasangan tersebut hanyalah melakukannya untuk menutup hubungan mereka yang tidak sekukuh yang digambarkan daripada pandangan umum? Pendek kata mereka hanya 'propa' dan kurang bahagia sebenarnya. Menurut pakar perhubungan dan seksologi, Nikki Goldstein dari Australia, dia berkata pasangan yang sering memuat naik bukan sahaja gambar malah apa sahaja momen mereka bersama di laman sosial hanya mahu 'membuktikan' tentang hubungan mereka daripada orang lain. "Mereka ini seperti mahukan 'validasi' untuk hubungan mereka itu daripada orang lain di laman sosial," katanya kepada Daily Mail. "Bila adanya komen dan juga like daripada orang lain, ia seolah mampu melegakan bagi pasangan ini yang sedang berusaha terbaik untuk nampak bahagia di mata orang lain," katanya lagi.
Pasangan seperti ini, dikatakan terlalu mengharapkan pandangan luar sehingga tidak dapat menghargai masa bersama pasangan mereka. "Kita boleh lihat pasangan tersebut sibuk mengambil gambar selfie bersama dan tak sabar menunggu komen daripada orang lain, berbanding mengambil masa bersama dengan pasangan sendiri. "Bukankah lebih elok jika anda mengambil gambar untuk dijadikan kenangan indah dan momen yang tak mahu dilupakan?" soalnya. Bukan itu sahaja, kapsyen yang ditulis juga kadangkala tidak ikhlas sehingga memaparkan sifat mendominasi atau mengawal pasangan sendiri. Ini dapat dilihat menerusi ayat seperti 'my man' atau 'my girl'. Jika masih mahu berkongsi momen indah bersama pasangan tiada salahnya. Namun, Nikki mencadangkan seperti berikut, "Jadikan perkongsian anda itu nampak menyeronokkan, dan bukannya kelihatan buat-buat dan juga lebih teruk nampak seperti mendominasi pasangan sendiri." - CARI |
10
Bagus |
12
Marah |
17
Terkejut |
8
Sedih |
13
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
onexox97 replied at 17-4-2017 05:16 PM
tak bahagia tak show off juga
ronapink replied at 17-4-2017 05:21 PM
kalau tak bahagia nak show off mcm mana..
sorang ke hulu sorang ke hilir..nak selfie pun xde pe ...
onexox97 replied at 17-4-2017 05:29 PM
hahahahah betullah tu nak show off macamana kan
pichee replied at 17-4-2017 05:25 PM
Bak kata my hsbd...bahagia kita simpan sendiri je...
I plak fkr...aku bahagia ke aku menonggeng k ...
jointhecurse replied at 17-4-2017 06:39 PM
Heheh.. ak pn pnah tgk real situasi.. i mean kt media sosial.. wow.. happy.. tq hubby blnja.. lua me ...
Jorja replied at 17-4-2017 07:01 PM
Sorry I bukan ustajah ya tapi nak bagitau orang yg selalu ingat pasal mati tak ada minat nak update ...
onexox97 replied at 17-4-2017 08:33 PM
napa upload juga the happiness
sedangkan real nya berbeza
ADVERTISEMENT