Dek terlalu berang imam solat subuh terlalu lama, seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila dia mencuba untuk membakar imam berkenaan di sebuah masjid di Nablus, Palestin.
Menurut laporan Harian Metro yang memetik agensi berita tempatan, Maan, lelaki terbabit melempar sebotol minyak tanah pada imam yang masih berada di dalam masjid berkenaan selepas solat Subuh, lalu menyalakan api. Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan beberapa jemaah dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan sementara masjid itu hanya mengalami kerosakan kecil. Sejurus tiba di lokasi kejadian, polis menahan lelaki berusia 50 tahun itu.
Menurut sumber, lelaki itu dipercayai sudah berkali-kali memberi amaran kepada imam berkenaan supaya tidak memanjangkan solat. Imam itu bagaimanapun langsung tidak mengendahkan amarannya, lalu menimbulkan kemarahan lelaki terbabit. Bagaikan hilang pedoman, lelaki berkenaan bertindak membakar imam itu. Berdepan dengan pertuduhan cubaan membunuh, lelaki itu juga akan didakwa atas tuduhan menyerang, membakar dan menyebabkan kerosakan tempat ibadah. - CARI
|
8
Bagus |
12
Marah |
15
Terkejut |
7
Sedih |
10
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
susukambingbest replied at 15-4-2017 11:01 AM
Imam pun baca surah pendek dah la. Nk baca pnjng2, solat sorang2 je. Lg sggup nk tggung dosa jmaah y ...
hanakikan replied at 15-4-2017 11:43 AM
tunggu ramadhan lah. ramai imam2 yg selfish sampai nak baca 1 juzuk setiap malam solat tarawikh. yg ...
Changa replied at 15-4-2017 12:03 PM
sebab itu akak dah lama ban mesjid ini.
bagi akak shalat ini very personal, kalau keluar cikcur2 ...
airfilterkotor replied at 15-4-2017 04:20 PM
Ooo... shalat very the personal mau privasi kekdahnya.
Esok ko mati.... mandi sendiri, bungkus send ...
ADVERTISEMENT