CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Badai Rumah Tangga Serina, Chef Wan Kecewa Dan Sedih

15-4-2017 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 56635| Komen: 584|Original author: Oleh: Maly Rosli

Ekoran keretakan rumah tangga dihadapi Serina Redzuawan dan suami, Gavin Edward O'luanaigh, Chef Wan akhirnya mengesahkan status rumah tangga anak perempuan kesayangannya itu.


Chef selebriti terkenal Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, 59, memuat naik beberapa status mengenai masalah rumah tangga anaknya itu menerusi akaun Instagramnya (IG).


Foto: Instagram

Memetik Astro Gempak, Chef Wan meluahkan kekesalannya terhadap menantu, Gavin yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isteri dan anak-anak.

"Setelah berkali-kali menasihatinya mengenai tanggungjawab untuk menyara perbelanjaan isteri setiap bulan, dia enggan mendengar nasihat saya.

 
“Saya gembira apabila Serina memfailkan penceraian. Pihak kami akan teruskan dengan prosedur sewajarnya untuk mendapatkan haknya dan menegakkan keadilan,” tulisnya.

Bapa mana tak sedih apabila anak kesayangan ditimpa musibah. Begitu juga dengan Chef Wan.

“Dalam perkahwinan, suami bertanggungjawab untuk memanjakan isteri, tetapi sayang sekali anak saya pula yang bekerja keras ke sana ke mari mencari rezeki.
 
”Sebagai bapa, semestinya saya berasa sangat sedih,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan Serina pula menyerahkan semuanya kepada ketentuan takdir.

“Saya serahkan segalanya kepada Allah. Jika ditakdirkan berpisah, saya reda kerana percaya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya,” katanya.

Umpama cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit. Itulah apa yang mungkin sedang dirasakan Chef Wan berhubung masalah kegoyahan rumah tangga dihadapi anaknya, Serina. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik. - CARI
3

Bagus
12

Marah
19

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 15-4-2017 01:56 PM
Gavin ni jobless ke apa?
Quote wookiehoney 15-4-2017 01:57 PM
Dulu hadap sgt kan menantu kokesen kan?
Quote munahjolie 15-4-2017 02:02 PM
Kesian Serina ni. Hope anak2 dia ok je. She deserves to be happy.
Quote RatuDunia94 15-4-2017 02:56 PM
Xpelah.. Asalkan dpt baiki keturunan dh ok la tu.. Esok anak2 dh besar senang hidup berwajah pan asian.. X gitu??
Quote Mamiw 15-4-2017 03:01 PM
Moga serina tabah
Quote vender 15-4-2017 03:03 PM
Anak tak ngutuk sesapa. Pak yg lebih2.

Takziah serina. She is cute walaupun bapak mulut hansuang
Quote cmf_premierleag 15-4-2017 03:27 PM
Padan la muka CW. hadap sgt menantu kokesen bagai
Quote coqsukun 15-4-2017 03:49 PM
Jangan lah padan kan muka... Nasib kita x tau lg. Jodoh pertemuan ajak maut di tangan tuhan. Tiada siapa berkahwin utk bercerai. Apa pun Takziah, semoga Yg baik2 utk serina dan anak2.
Quote Aduradura 15-4-2017 03:51 PM
Bapak memendam perasaan lebih dr si anak kekdahnya

Bertabahlah serina, sib baik anak2 seme comel..tapi papepun serina beruntung ade ayh mcm chefwan walaupun
Quote imanda 15-4-2017 03:55 PM
Mcmn chep wan dlu blh restu ehh menantu dia ni nk kawin serina? Ms tu gavin kroje apa? Adakah setakat baka kekosen saja?? Arwah hani ada rupa gaks dulu kalo sb nk tgk rupa
Quote barfi 15-4-2017 03:58 PM
imanda replied at 15-4-2017 03:55 PM
Mcmn chep wan dlu blh restu ehh menantu dia ni nk kawin serina? Ms tu gavin kroje apa? Adakah setaka ...

Arwah hani mohsin mmg kacak jejaka melayu.
Tall dark & handsome gtu
Quote slavehunter 15-4-2017 04:05 PM
Serina pun dulu nak kawin dengan engineer pun Chef tak kasi kan?  

Apa kata kita dengar penjelasan Gavin plak? Gavin ooooo gavin where are you...pls explain jab.....sebab kita dengar one side story jer....
Adakah gavin memang tak bagi sesen pun tiap bulan or gavin memang bagi tapi tak banyak sebab job sendu?  Lagi satu anak2 Serina sekolah international kan? If maintanance tinggi bayar fees boleh jer sekolah biasa and amik tuition kurang skit cost belanja.

Adakah gavin fed up sebab lifestyle celebrity Malaysia ni mewah dan dia tak mampu? Aku bg contoh si RR masa nak beranak, notelo kata beranak la hosp gov dia dpt free, tapi RR taknak ape kelassss gituuuuuu.  So laki tak mampu nak fullfill bini yang demand.
Quote kikiharris 15-4-2017 04:10 PM
rezeki Chef Wan yang melimpah ruah tu ada utk orang lain
utk anak perempuan n cucu cucu la tu.
Allah adil.

tak payahlah bg apa2 statement kat soc med.
kang org mengata berbakul bakul..sian Serina.
Quote slavehunter 15-4-2017 04:27 PM
kikiharris replied at 15-4-2017 04:10 PM
rezeki Chef Wan yang melimpah ruah tu ada utk orang lain
utk anak perempuan n cucu cucu la tu.
All ...

Kat Ig Chef kata if Serina kawin dengan arwah HM dia dah jadi balu sekarang and Chef yang kene tanggung cucu2 dia.......fast fwd......even laki Serina skrg tak bagi nakfah utk cucu dia......ada beza ker? Ke consequences sama cuma situasi berbeza....
Quote cahaya_almas 15-4-2017 05:35 PM
Besar besaran gak kan serina kawin dulu....chef wan yg masak kan....tgk dlm tv...nona ke apa....nmpk best je semua menunya.....tgk pn terliur....
Quote lasagnaklcc 15-4-2017 05:43 PM
Iols assume gavin mmg tak bagi duit langsung, atau maybe kalau bagi pon tak byk. Dkt ig chef wan dia tulis mcm gavin ckp "my money is my money" gitu... kira serina takde hak. Bising la org tua tu...




Quote Cekla 15-4-2017 05:49 PM
tak patut chef dok mengata org dah meninggal tu..kalau kawen dengan HM anak dia jd janda..ater sekarang anak ko tak jd janda ke?lagi teruk dr mati laki. kotnya si gavin tu nyampah dengan pak mentua, semua kena ikut acuan dia..semua dia nak tentukan..dia la yg terbaik
Quote bobok_berhabok 15-4-2017 05:58 PM
Kesian Serina . marah betul chef wan smlm kt netizen smpai tnjuk middle finger
Quote judicata 15-4-2017 06:07 PM
Maybe ada sebab cw ni tak berkenan dgn hm. Faktor beza usia yg besar ke.. masa depan tak cerah ke. Jgn la dok bangkit sgt psl isu hm tu. Da lepas pon. Dulu ntah2 cw ingat serina takde futur dgn hm sbb pelakon je. Si gavin plak masa tu keje mcm gah & nampak masa depan. So cw prefer la gavin. Korg ni pun. Mcm la org boleh tilik masa depan.

Skrg ni jodoh serina da tahap tu je.. bersimpati je la dgn dia sbb laki dia hauk tatau tanggungjawab suami.

Lihat semua komen(584)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.203282 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top