"Saya dah boleh agak pakaian itu pasti mendapat kritikan walaupun sebenarnya baju itu tidaklah seseksi seperti ditonton di televisyen." Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 22, akui dia dah dapat agak orang ramai akan mengkritik busana dikenakannya pada anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 9 April lalu.
Dek kerana warna kain seakan-akan menyerupai kulit badan, sekali gus menampakkan ia kelihatan seperti terdedah, busana rekaan Nizam Zamil itu dikecam teruk. "Kalau diikutkan, saya perlu pakai baju tersebut bersama jaket, namun atas sebab masalah teknikal, jaket itu tak dapat dipadankan bersama," katanya kepada mStar Online.
Janna bagaimanapun menerima semua kritikan dengan terbuka apabila peminat menegurnya di akaun Instagram selepas dia memuat naik gambarnya menggayakan busana berkenaan. "Saya menerima semua kritikan dengan hati terbuka. Malah, saya juga mengambil keputusan untuk tidak memadam gambar tersebut demi menghargai hasil kerja pereka baju itu," ujarnya. Meskipun dikritik teruk, pelakon itu tidak menyalahkan pereka fesyen berkenaan serta mereka yang mengkritiknya. “Saya mengakui kesilapan ini. Saya anggap kritikan dan nasihat itu tanda mereka sayangkan Janna Nick. “Saya mohon maaf diatas kesilapan ini dan berjanji tak akan mengulanginya lagi. Kalau ada benda yang kurang menyenangkan, harap peminat dapat beri teguran ikhlas. “Saya masih dalam proses pembelajaran dan selepas ini saya akan lebih peka tentang penampilan di hadapan khalayak ramai,” katanya. Anda rasa, Janna akan ulangi kesalahan sama tak di masa hadapan kelak? - CARI
|
16
Bagus |
16
Marah |
12
Terkejut |
11
Sedih |
9
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT