CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Doktor Ini Sudah Kaji Beribu Pasangan, Ini Sebab Utama Punca Perpisahan

13-4-2017 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9450| Komen: 24|Original author: Oleh: Adib Za


Sesiapa pun dan mana-mana pasangan pun pasti tak mahu hubungan yang dibina selama bertahun-tahun berkecai begitu sahaja. Meskipun sudah cuba memperbaiki hubungan tersebut, ia tetap berakhir.


Pelbagai faktor yang dikatakan menjadi punca kepada perpisahan banyak pasangan, ini termasuklah tidak setia, cemburu, tidak bertanggungjawab dan sebagainya.

Namun, memetik laman Mydomaine, seorang pakar perhubungan yang juga merupakan penulis buku Finding Love Again, Terri Orbuch berkata terdapat satu perkara penting yang menjadi faktor kepada perpisahan sesuatu hubungan. 

"Selama hampir tiga dekad, saya menyaksikan pelbagai jenis hubungan.

"Hari ini, apa yang saya pasti ialah, perkara kecil adalah tetap satu perkara yang besar dalam sesebuah hubungan," katanya. 

Berikut merupakan faktor utama dalam senarai yang ditulis oleh Terri. Dan jangan terkejut kerana ramai pasangan yang sememangnya mengabaikan perkara ini. 



Tidak mempunyai masa yang cukup untuk 'me time'. 

Kebanyakan pasangan tidak memberikan masa secukupnya kepada diri masing-masing untuk masa untuk bersendiri. Ini termasuklah masa untuk berfikir, melakukan hobi dan juga membicarakan topik baru untuk berbual bersama. 

Pasangan yang ada masa bersama rakan, melakukan hobi dan kegemaran mereka cenderung untuk menjadi lebih bahagia dan juga gembira, berbanding pasangan yang sentiasa bergantung atau 'berkepit' antara satu sama lain. 

Terri mengesyorkan setiap pasangan membenarkan pasangan mereka untuk 'me time' dan dalam masa yang sama memerlukan mereka apabila tiba masanya untuk berdua. 

"Dan jangan malu-malu, kongsikanlah bersama pasangan apa yang anda lakukan dan juga pengalaman menyeronokkan ketika 'me time' itu," katanya. - CARI 

Foto: Carian Internet
17

Bagus
17

Marah
27

Terkejut
19

Sedih
16

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siskepoh 13-4-2017 05:54 PM
patotlah sis bhgia bersama suami. tlebih2 kot me time dia tu.
Quote AbukRokok 13-4-2017 06:04 PM
100% betul

tapi pasangan xfaham dia fikir bukan2... dia ingat kita dah xsayang dia..dia ingat kita chat/dating dgn orang lain. bila dia dah fikir mcm tu kita pun berfikir dia jadi paranoid sbb dia buat benda yang dia takut kita buat. end hubungan jadi tension, stress  dan tegang
Quote CiliPadiSedap 13-4-2017 06:08 PM
suami akak cukup je masa atas katil dh xminta minta lagi.. berkat cabut subuh.
Quote onexox97 13-4-2017 06:20 PM
owh tu je sebabnya
Quote Nenasketum 13-4-2017 10:22 PM
Laki bagi bini me time, laki pun carik gro untuk dia punya me time. Ape ke tak logik alasan ni. Nak me time sangat toksah lah kawen.
Quote Ammar80 13-4-2017 10:23 PM
Sebenarnya setiap kita ni mmg perlukan ruang dan masa .. ruang utk famili, suami, anak2, kwn2 dan dgn pencipta kita pun kita ada timing jg kan .. betul la teorinya tu .. bersosial pun penting jg .. mcm i skali skala dpt keluar ngan kwn2 mmg rasa heppy .. baik je mood sepanjang hari tu .. kalau dgn suami plk mmg kena curi masa jg utk dating dan skali skala ditinggalkan pegi kursus ke kan .. betul la pepatah syg isteri tinggal tinggalkan .. baru rasa perasaan rindu .. kalau hari2 mengadap .. gaduh je kerjanya ..hehe
Quote cheergirlz 13-4-2017 10:43 PM
ok noted...
Quote ninja boy 13-4-2017 11:05 PM
me time mungkin ada tv masing2, bilik tidur dan ruang kerja asing2
Quote onexox97 14-4-2017 07:20 AM
masalahnya xda me time tapi mencurang time adalak masa

seterusnya menjadi faktor keruntuhan rumahtangga
Quote ira79 14-4-2017 10:02 AM
Edited by ira79 at 14-4-2017 10:07 AM

definisi "me time" korang mcm influenced by gambar dalam artikel atas tu. actually "me time" its not kluar dating.

"me time" adalah masa utk korang buat perkara yg korang suka, xda kaitan dgn anak2/perkahwinan. contohnye for me, hantar kidz skolah then tido lama2 pastu melepet depan tv tgk citer favorite bersama ciskek/choc cake + eskrim ke.. gi tgk movie ngan bff ke.. merewang window shopping ke.. my "me time" mmg sy boikot xmo basuh/lipat kain, xkemas umah, etc.. just 100% my own "me time".. apa saja yang dok terpendam dalam hati. lepas abis "me time", everything turns to normal routine la.

kalau utk lelaki, mungkin "me time" mereka mcm lepak mamak yg ada big screen dgn kwn2 tengok bola, etc.

selalunya pasangan akan pendam/hapuskan hobi bila dah kawin. nih berlaku terutamanya kpd housewife yg 24jam melekat ngan anak.. rasa xda life. perlunya ada masa2 tertentu hantaq anak kat taska/suami jaga/etc.. kasi peluang wifey ada dia nyer "me time". mungkin dia teringin nak pakai lawa2, mekap bagai dan kluar jenjalan tanpa gangguan anak.

"me time" akan buat orgtu happy sebab dia dapat peluang utk apa dia nak.

pls.. "me time" xda kaitan langsung dengan cari org ke3.
Quote nisako 14-4-2017 10:25 AM
ooo mmg perlu me time ni
Quote suka2 14-4-2017 10:56 AM
Bff aku time 'me time' dia pun terpaksa angkut anak2 sbb laki dia pun nk kuar gak time tu wpun ada 'me time' dia sendiri. Kalau ada 'me time' tp partner sejenis selfish pun tak guna gak.
Quote poloy 14-4-2017 11:42 AM
suka2 replied at 14-4-2017 10:56 AM
Bff aku time 'me time' dia pun terpaksa angkut anak2 sbb laki dia pun nk kuar gak time tu wpun ada ' ...

haha ini mcm kes aku je.. my 'me time' kena angkut gak anak sbb hubby nak his 'me time' main golf..
aku minta $$ then letak anak2 kat megakidz, then aku wat facial.. ps tuh shopping ngan anak2..
puas ati balik umah dh kenyang, trus mandi n tido..
esok routine as usual.. bersilat2 kat dapur, laundry, to school etc.. hahaha

Quote Gadis_sarawak 14-4-2017 12:01 PM
Aku dah puas ber me-time ni..Husband selalu pegi site so memang kena tinggal je kat umah.
Quote ctsueraya 14-4-2017 12:58 PM
ira79 replied at 14-4-2017 10:02 AM
definisi "me time" korang mcm influenced by gambar dalam artikel atas tu. actually "me time" its not ...

walaupun belum tawen, nak gak nyebuk

betul iols setuju dgn apa uols ckp
"me time"ni our own private time maksudnye
setiap org maybe lain2 tapi makna kata dia buat kegemaran dia
cth mcm baca novel ke, tgk movie ke, g massage , g facial etc le ( kalau gegurl)
kalau yang laki, masa dia nak exercise kat gym, g mancing atau lepak mamak dgn kengkawan kan

so takdelah rasa lepas kawen kene "perintah berkurung"ye dak
salu dpt seminggu sekali pun dh cukup kot

jgn plak tetiap malam nak menSPA atau melepak mamak sampai lupa nak balik umah


p/s : hope pas kawen iols dpt "me time "ni
Quote si_wawa 14-4-2017 01:03 PM
Goreng ke sup?
Kuah pun best juga
Quote angahsmart 14-4-2017 05:14 PM
btol benda ni. macam aku la. me time aku adalah main game dota, atau pon ps4. dpt sejam dua pon jadi la. sebab tu orang melayu cakap, sayang bini, tinggal2 kan.
Quote mbhcsf 14-4-2017 05:32 PM
me  time @ nat art gallery....hmm......
Quote aurorayasmeen 15-4-2017 12:47 PM
aku x pnh ade me time.. mase mndi je la me time yg ade

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.065329 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top