“Kehilangan beliau (Azhan) amat menyedihkan seluruh warga MAPIM dan sudah pasti kepada ahli gerakan dakwah dan sukarelawan di seluruh negara."
Itulah yang dikatakan terhadap kehilangan penyanyi nasyid yang juga seorang aktivis, Azhan Atan yang dilaporkan meninggal dunia awal pagi kelmarin. Memetik laporan Harian Metro, bekas juara Akademi Nasyid itu sebelum ini mengalami masalah penglihatan dan mengidap strok dikatakan kesihatannya semakin menurun sejak kebelakangan ini. Naib Presiden majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata kehilangan Azhan, 44 begitu dirasai kerana dia menjadi sebahagian tulang bekalang pelbagai misi kemanusiaan sejak 2006. “Sejak dulu, beliau yang banyak terbabit dalam gerak kerja sukarelawan MAPIM dan unit Amal Dewan Pemuda PAS gigih bergerak ke seluruh negara menyantuni masyarakat walaupun beliau sendiri seorang yang cacat separuh penglihatan. "Kegigihan dia bertungkus lumus dalam operasi bantuan banjir Pantai Timur beberapa tahun lalu amat diingati sukarelawan dari seluruh negara,” kata Ahmad Tarmizi. Allahyarham meninggalkan seorang balu serta empat anak dan jenazahnya dikebumikan di Kampung Sepakat Jaya, Pekan Nenas, Pontian, jam 10 pagi semalam. - CARI |
8
Bagus |
25
Marah |
5
Terkejut |
34
Sedih |
20
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT