CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pukul Anjing Dengan Helmet Bertalu-talu, Lelaki Warga Singapura Mohon Maaf

10-4-2017 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7219| Komen: 27|Original author: Oleh : Hafiz BZ

Description: Seorang lelaki yang sedang menunggang basikal secara tiba-tiba diserang..



Seorang lelaki yang sedang menunggang basikal secara tiba-tiba diserang seekor anjing ketika memasuki kawasan pondok kawalan keselamatan rumahnya. 

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Terry Yee, lelaki warga Singapura itu dilihat terjatuh dari basikal akibat terkejut dan dia terus bertindak memukul anjing tersebut. Lelaki tersebut turut mengasari pengawal keselamatan di kawasan kediaman yang terletak di Bandar Kinrara, Puchong.

Susulan itu beberapa laporan polis telah dibuat terhadap lelaki berkenaan.

Loading FB Video...

Kredit video : Metafora Anafora

Tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki warga Singapura itu telah mengundang kemarahan netizen. Namun terdapat juga segelintir netizen yang menyalahkan pihak pengurusan keselamatan kerana tidak merantai anjing tersebut.


Memetik TheStarTV, lelaki dalam rakaman CCTV tersebut bagaimanapun mengaku kesal dengan perbuatannya itu dan mendedahkan dia sebenarnya adalah seorang yang sayangkan binatang. 

“Saya telah keterlaluan. Saya mohon maaf kerana bertindak keterlaluan hingga memukul anjing itu, iaitu sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan,” katanya dalam temubual eksklusif dengan TheStarTV.

Jelasnya, Sabtu lepas dia telah diserang oleh anjing berkenaan dalam hujan dan turut kehilangan cincin pertunangannya.

“Pada Ahad saya diserang sekali lagi. Saya telah diserang oleh anjing berkenaan sebanyak enam kali. Mereka (pihak pengurusan) mempunyai video namun satu-satunya yang ditunjukkan adalah ketika saya mempertahankan diri,” katanya. - CARI



8

Bagus
6

Marah
10

Terkejut
14

Sedih
13

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sikatkutu 10-4-2017 10:31 AM

kesiannya... anjing yang x berakal tu pulak jadik mangsa. patutnya pukul guard tu lah

Quote haliamerah 10-4-2017 10:40 AM
bodoh sgt jantan ni smpai nak hempuk anjing tu...ko yg xde akal ke anjing tu yg xde akal...

amarah tlh mengatasi segalanya...

ish xfhm la manusia yg snang2 angkat tgn kaki bantai binatang...
Quote akies 10-4-2017 10:53 AM
Minta maaf je??
Quote Leo_Gurlz 10-4-2017 11:25 AM
Lain kali kawal sikit marah tuh. Anjing binatang mana ada akal.
Quote Jorja 10-4-2017 12:53 PM
Kalau betul animal lover tak akan pukul binatang..panas baran tahap dewa pun tak akan sanggup pukul punya.. orang yg betul sayang hewan ni dia boleh pukul orang tapi not hewan..
Quote kentel 10-4-2017 01:00 PM
haliamerah replied at 10-4-2017 10:40 AM
bodoh sgt jantan ni smpai nak hempuk anjing tu...ko yg xde akal ke anjing tu yg xde akal...

amara ...

manusia mana boleh tahan kak????
Pada Ahad saya diserang sekali lagi. Saya telah diserang oleh anjing berkenaan sebanyak enam kali. Mereka (pihak pengurusan) mempunyai video namun satu-satunya yang ditunjukkan adalah ketika saya mempertahankan diri
kalau aku pun memang meletup...skali dua xpe...ni 6x....
Quote innocentsangat 10-4-2017 01:50 PM
Tekanan macam haramj la
Quote saladin780 10-4-2017 03:19 PM
kalu aku pun aku hempuk hanjing tu...sial sgt anjing yg suka2 serang orang nih..
Quote _ejat_ 10-4-2017 03:29 PM
saladin780 replied at 10-4-2017 03:19 PM
kalu aku pun aku hempuk hanjing tu...sial sgt anjing yg suka2 serang orang nih..

tengah marah ke bang ? cakap macam main lepas je . memang salah dia tak ikat anjing tu , tapi wajar ke dia hempuk pakai helmet , tendang lepas tu ? haih .
Quote saladin780 10-4-2017 03:39 PM
_ejat_ replied at 10-4-2017 03:29 PM
tengah marah ke bang ? cakap macam main lepas je . memang salah dia tak ikat anjing tu , tapi waja ...

bukan tgh marah..pengalaman kena serang anjing beberapa kali menyebabkan aku x suka anjing suka2 serang org tanpa sebab nih..nasib la skrg dah dok area majoriti melayu..aman nk gi joging ke hapa x pyh risau kena serang
Quote ToungeSoup 10-4-2017 03:50 PM
kalau aku bukan hempuk je..kasi penerajang sekali..kalau anjing tu serang dan nk geget aku dengan tiba tibalah..even dia binatang...kalau boleh hempuk guard tu sekali...hehehehe
Quote _ejat_ 10-4-2017 04:09 PM
saladin780 replied at 10-4-2017 03:39 PM
bukan tgh marah..pengalaman kena serang anjing beberapa kali menyebabkan aku x suka anjing suka2 s ...

yela mungkin sebab sy tak pernah lagi kena kot . setakat kena kejar tu pernah la . emmm . okayyy . huhuhuhuhuhu tapi macam sedih sangat je tengok dia kena macam tu .
Quote saladin780 10-4-2017 04:22 PM
_ejat_ replied at 10-4-2017 04:09 PM
yela mungkin sebab sy tak pernah lagi kena kot . setakat kena kejar tu pernah la . emmm . okayyy . ...

tp bila tgk video tu kesian plak anjing tu kena teruk camtuh..patutnya tuan penjaga anjing tu yg kena hempuk..x reti nak control anjing tuh
Quote _ejat_ 10-4-2017 04:28 PM
saladin780 replied at 10-4-2017 04:22 PM
tp bila tgk video tu kesian plak anjing tu kena teruk camtuh..patutnya tuan penjaga anjing tu yg k ...

emmm okay . kita move on . berlarut nanti sedih ni sampai ke malam . bai hahaha .
Quote doublethread 10-4-2017 05:05 PM
Sila belasah tuan/penjaga vodo tu. Lagi takdak akai daripada anjing. Sama la perangai ngan 2-3 ekor ummah cina/india area aku ni. Anjing besar dilepas luar rumah. Ingat kucen ke comel main lari2 gitu? Kucen orang, anak orang, kereta lalu semua kena ligan. Pi habaq, dia boleh cakap tak bahaya...dia main2. Tengkorak abah kau la main2 kalau anjing dah macam serigala.
Quote siskepoh 10-4-2017 06:16 PM
kesiannya anjing tu hukhuk
Quote fox. 10-4-2017 08:47 PM
Mari akak pukul ko balik mcm mana ko pukul anjing tu
Quote haliamerah 11-4-2017 08:32 AM
kentel replied at 10-4-2017 01:00 PM
manusia mana boleh tahan kak????
kalau aku pun memang meletup...skali dua xpe...ni 6x....

klau mcm tu tuan anjing dgn pgurusan la yg lg bangang... yg kena serang ni dh trauma smpai kluar spontan mcm tu...

yg jdk mangsa anjing dgn org yg kena serang..
Quote ratna 11-4-2017 01:26 PM
2..3 kali tgk video ni...mata kita nmpak anjing tu..dah ikat cuma terputus kot..bila ditarik. bkn lepas gitu jer..

org tu jd mangsa..mmg  kesian tp...bantai anjing...x ckup d luar..sambung dalam pondok pulak...mcm kejam je.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.064080 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top