Pertembungan epik yang dinantikan antara Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan pada saingan final Terbuka Malaysia hanya dipisahkan dengan satu lagi perlawanan.
Memetik laporan Bernama, semalam, pemain No.1 dunia itu mara ke pusingan separuh akhir selepas berjaya menewaskan pencabar dari Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin 21-11, 21-14 dalam masa 44 minit. Manakala, musuh tradisi Chong Wei iaitu Lin Dan turut bersama-sama menempah tiket ke pusingan separuh akhir, namun terpaksa bekerja keras sebelum mengatasi pemain Indonesia, Jonathan Christie 21-15, 14-21, 21-9 Di peringkat separuh akhir, jaguh perseorangan negara, Chong Wei akan menentang pemain Hong Kong, Wong Wing Ki manakala Lin Dan berdepan Son Wan Ho dari Korea Selatan. Selepas kali terakhir kedua-dua pemain berkenaan berentap ketika aksi separuh akhir Olimpik Rio 2016, yang menyaksikan kemenangan memihak Chong Wei, jadi pertembungan ini sememangnya dinantikan peminat badminton seluruh dunia.
Jika pertembungan Chong Wei dan Lin Dan di pentas final Ahad ini menjadi kenyataan, ia akan menjadi perlawanan ulangan edisi 2006.- CARI |
26
Bagus |
23
Marah |
30
Terkejut |
21
Sedih |
23
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT