|
Seramai dua puluh tiga pasang pengantin selamat diijab kabul dalam sebuah majlis perkahwinan beramai-ramai 'Mega Wedding' di masjid Putra, Putrajaya hari ini. Memetik laporan Harian Metro, ia merupakan program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Qistina Avenue Event Management Sdn Bhd dan Mahligai Impian Wedding and Events. Untuk rekod, ia merupakan kali kedua dianjurkan selepas kejayaan pada penganjuran kali pertamanya pada Oktober tahun lalu. Menariknya, setiap pasangan hanya dikenakan caj RM7,000 sahaja untuk pakej perkahwinan yang meliputi pelbagai perkara seperti makanan, fotografi pelamin, pakej Cruise Tasik Putrajaya, kad kahwin dan penginapan di Hotel Shangri-La Putrajaya. "Pasangan yang dinikahkan berusia antara 19 hingga 40 tahun. Program kemudian akan di Marina Putrajaya dengan konsep persandingan bertemakan Perkahwinan Taman di Tepi Tasik," ujar wakil Mahligai Impian Wedding and Events, Noor Mazidah Abd Majid. - CARI |
|
8
![]() Bagus |
10
![]() Marah |
10
![]() Terkejut |
9
![]() Sedih |
12
![]() Lawak |
4
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

OrenTheReturn replied at 1-4-2017 03:54 PM
Mahal 7ribu bagi aku, setakat akad nikah pakai baju raya yg lama2 pun dah ok, jemput 10 ke 20 org su ...

gegurl masakini pakej tiptop video segala verangan konom ade liputan nak masuk nona sperti kalangan vip pdahal pakai duit pencen epf mk bapak.

krustykrab replied at 1-4-2017 04:44 PM
Tu lah kn, kalau 7 ribu tu mahal tu, baik bersederhana mcm yg ko ckp tu...buat pe nak membazir dui ...
ADVERTISEMENT