Cari jalan banteras jenayah, bukan hidupkan EO 14 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dinasihatkan lebih banyak menghabiskan masa untuk memikirkan cara untuk membanteras jenayah daripada mengambil peluang setiap kali berlakunya jenayah tembakan sebagai alasan untuk menghidupkan kembali Ordinan Darurat (EO).
Jumlah pengikut penjenayah EO yang telah dibebaskan pada 2011 telah meningkat kepada 260,000 orang mengikut perkiraan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. “Jika betul statistik yang dikemukakan beliau, apakah gunanya EO dalam membanteras jenayah tembakan?” tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan. Beliau juga mempersoalkan apakah kerajaan bercadang hendak menahan 260,000 orang ini tanpa bicara sebagai langkah penyelesaian kepada jenayah tembakan yang semakin berleluasa kini. Menurutnya, menahan suspek tanpa bicara tidak membantu menjawab persoalan bagaimana senjata api kini mudah dimiliki oleh para penjenayah di Malaysia. “Masalah sekarang ialah tidak diketahui berapa orang yang memiliki senjata api haram di dalam negara,” katanya lagi. Justeru, kata beliau PAS berpendapat KDN perlu menfokuskan kerja kepada mematahkan saluran bekalan senjata api haram ke dalam negara. “Gunalah segala perisikan yang ada dan bantuan daripada Unit Khas (Special Branch) untuk mengesan kebocoran senjata api ke tangan orang yang tidak berlesen,” ujarnya. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menambah, KDN juga harus mengaturkan semula keutamaan kerja polis supaya fokus utamanya adalah untuk membanteras jenayah dan membuat rondaan di jalan-jalan. “Biarlah sekurang-kurangnya 60 peratus polis ditugaskan membanteras jenayah,” katanya.
|
itikgemuk posted on 15-8-2013 12:05 PM
ade dengar kesah conspirasy theory dalam sebuah negara tak jauh dr bumi kita tercinta, Malaysia.. pi ...
akughi posted on 15-8-2013 12:48 PM
masalah skrg ni PAS tak setuju Eo dilaksanakan.....aku harap PAS faham ape fungsi EO ni....
jgn d ...
akughi posted on 15-8-2013 12:48 PM
masalah skrg ni PAS tak setuju Eo dilaksanakan.....aku harap PAS faham ape fungsi EO ni....
jgn d ...
undark posted on 15-8-2013 01:29 PM
dia bukan kata tak perlu.. dia suruh KDN lebih fokus kepada root cause senjata api tak berlesen, per ...
ADVERTISEMENT