CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Budak 11 Tahun Selamatkan Penyu Dengan Jualan Biskut Hasil Tangan Sendiri

31-3-2017 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5505| Komen: 33|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Kisah kanak-kanak yang sangat berdedikasi dan juga menghabiskan bukan sahaja masa dan wang malah tenaganya

Kisah kanak-kanak yang sangat berdedikasi dan juga menghabiskan bukan sahaja masa dan wang malah tenaganya untuk menyelamatkan spesis penyu belimbing ini, bukanlah kisah biasa-biasa sahaja. 


Memang terpaksa kita akui, bukan mudah untuk menerapkan perasaan yang sama kepada kanak-kanak lain seusia Ahmad Iszuddin Ahmad Idzham yang baru sahaja berusia 11 tahun. Malah, kepada orang dewasa pun belum tentu mudah untuk membuatkan mereka menghayatinya. 

Namun, berbeza dengan pelajar tahun lima yang comel ini, dia mempunyai misi untuk menyelamatkan haiwan yang tergolong dalam spesies terancam itu. 


Seperti yang dipaparkan menerusi laporan Bernama sebelum ini, Ahmad Iszuddin berasa harus melakukan sesuatu untuk menyelamatkan penyu belimbing selepas diterangkan oleh gurunya. 


“Saya menangis dua kali melihat video itu dan apa yang saya ingin buat sekarang adalah menyelamatkan haiwan tersebut,” ujarnya. 

Pun begitu, cara yang dilakukan itu sangat memberi inspirasi dan juga mampu membuka minda ramai orang. Masakan tidak, melalui usianya yang begitu muda, dia yang belajar memasak daripada ibunya, mengambil inisiatif dengan membuat biskut untuk dijual kepada orang ramai. 

Melalui hasil jualan itulah, Ahmad Iszuddin menyalurkan dermanya kepada Persatuan Pemuliharaan Penyu di Terengganu. 


Jika diintai menerusi laman Instagram miliknya iszuddin_, si comel ini tanpa henti menunjukkan bagaimana proses dia menyiapkan biskut dan juga gerai jualannya. Memang ramai netizen yang memberikan sokongan kepadanya. 

Katanya, 20 peratus daripada keuntungan akan disalurkan kepada persatuan tersebut. 


Jom, sama-sama kita memberikan sokongan kepada adik ini. Moga dengan sedikit usaha dan pemberian ini, ia mampu memberikan sinar baru terhadap aktiviti pemuliharaan haiwan terancam ini. Apa pun, syabar Ahmad Iszuddin! - CARI
10

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 31-3-2017 03:29 PM
Good job dik!
Quote WhiskeyScotch 31-3-2017 03:37 PM
Tahniah dik. Keep it up! Bagus sangat!
Quote insulin 31-3-2017 03:41 PM
Terharunya abang tengok usaha kau dikk...

Mujurlah seumur hidup aku x pernah pun makan telur penyu...
Quote BebeQ 31-3-2017 03:50 PM
besar mana biskutnya ni?
Quote EJALTI 31-3-2017 03:53 PM
bagusnya usaha ko dekkkkk....
Quote nuc 31-3-2017 04:10 PM
ini barulah betul tanda rakyat negara maju dan membangun...peka kpd alam sekitar, flora fauna...rakyat dididik dari akar umbi
Quote sabar_sabariah 31-3-2017 04:24 PM
adik ni peka pada isu alam sekitar
aku pun sama
bezanya dia ada efforts to do something
tapi aku takde
aku just
kesian~
kesian~
kesian~

so,
i also want to be in your team
to save the leatherback turtle

tunggu akak masuk gaji ye dik
nanti akak order cookies tu
Quote cocorex 31-3-2017 04:37 PM
Tahniah dik..harap2 pasnie ada pihak korporat yg sudi bantu niat suci adik nie
Quote Artemesiaa 31-3-2017 04:54 PM
Syabas dik sebab perihatin walk the talk kekdahnya
Quote kaktomsix 31-3-2017 04:56 PM
bagus kau dik, tak perlu mintak sumbangan hari2 dalam facebook macam orang tu dik.

Quote evlinne 31-3-2017 04:58 PM
Kagum dgn adik ni. Bijak pulak tu! Hentikan makan telur penyu please......
Quote merrissa 31-3-2017 07:28 PM
bagus adik nih

ader org...sanggup bunuh binatang kt zoo...deme keuntungan semata....

tapi adik perlulah mecari font yang sesuai bagi memudahkan mesej yg disampaikan...dan elakkan menggunakan capital fonts bg kesulurahan ayat...hehehehehe

jika perlu gune kan imej comel..supaya mesej lagi segera smpai...tp adik pon dh comei
Quote cmf_premierleag 31-3-2017 10:18 PM
Comeyyyy tgk dia bancuh2 tepung tu
Bagus adik ni.. Akak sapot ko.. Akak nak beli cookies adik nih
Quote Sayaaa 31-3-2017 10:21 PM
bagusnya adik ni. semoga dipermdah
Quote Jorja 31-3-2017 10:25 PM
Bravo hebat adik ni..love animals.. budak U pun ada bila tanya apa endangered animals pun tak tahu coz tak ambil tahu..kalau nak kagum2..kagumlah kt adik yg mcm ni bukanya kt orang solat dlm kapal
Quote edee_91 31-3-2017 11:11 PM
Jorja replied at 31-3-2017 10:25 PM
Bravo hebat adik ni..love animals.. budak U pun ada bila tanya apa endangered animals pun tak tahu c ...

wow. statement last kau. just wow.
Quote edee_91 31-3-2017 11:13 PM
serius aku kagum dengan adik ni. kalau aku tengah tak diet no sugar, pasti aku beli dah cookies beliau. nampak sedap pun iya.
Quote hambaallah1709 31-3-2017 11:26 PM
Edited by hambaallah1709 at 31-3-2017 11:28 PM

dah layak dapat band 6 ni...
wah terbaiklah dik...
silibus dalam textbook bi year 4 ade psl turtle..xingt plak tajuk nye
Quote RatuDunia94 31-3-2017 11:28 PM
Hebat adik ni.. Akak dulu umur 11 tahun campak itik dlm sungai..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.064613 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top