CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hutang Bank & Hutang Jangka Pendek 1MDB, Semuanya Selesai- MOF

30-3-2017 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2235| Komen: 8|Original author: xaetis

Description: Di Dewan Rakyat, Kementerian Kewangan hari ini mengeluarkan kenyataan bertulis memaklumkan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak mempunyai sebarang hutang bank atau hutang jangka masa pendek pada ma ...
Di Dewan Rakyat, Kementerian Kewangan hari ini mengeluarkan kenyataan bertulis memaklumkan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak mempunyai sebarang hutang bank atau hutang jangka masa pendek pada masa ini.


Memetik laporan Bernama, Kementerian Kewangan berkata tiada sebarang aset baharu di dalam atau di luar negara yang diperoleh 1MDB pada 2015 dan 2016, seiring dengan Pelan Rasionalisasi 1MDB yang sedang dilaksanakan syarikat itu. 

“1MDB memperoleh tunai sebanyak RM10.97 billion pada 2015 dan 2016 melalui penjualan aset syarikat Edra Global Energy Sdn Bhd, penjualan sebahagian ekuiti syarikat Bandar Malaysia Sdn Bhd dan penjualan lot tanah di projek Tun Razak Exchange.” 

Tambah Kementerian itu, syarikat 1MDB telah menyelesaikan kesemua hutang sepanjang tahun 2015 dan 2016, termasuk telah selesaikan hutang Affin Bank yang berjumlah  RM229.5 juta pada 23 November 2016.

Selain itu, hutang-hutang lain yang juga telah diselesaikan termasuk RM950 juta bagi Kemudahan Kredit Tersedia daripada kerajaan diselesaikan pada 31 Mac 2016, RM2 bilion bagi Kemudahan Pinjaman Berjangka daripada Marstan Investments N.V diselesaikan pada 8 April 2016 dan AS$150 juta Kemudahan Pembiayaan Berjangka daripada EXIM Bank yang dijelaskan sepenuhnya diselesaikan pada 15 April 2016.


Kenyataan bertulis tersebut merupakan jawapan balas terhadap pertanyaan yang diusulkan oleh ahli Parlimen DAP untuk kawasan Bakri, Er Teck Hwa berhubung aset, hutang dan kedaan kewangan syarikat 1MDB dalam dan luar negara.- CARI


2

Bagus
13

Marah
18

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xaetis 26-3-2017 08:01 PM
gadaikan negare
Quote dinopower 26-3-2017 08:03 PM
sibuk hal negara org.... suharto tu dah jual negara korg.... smp skrg jd negara gagal total... negara supply babu....
Quote flying_cow 26-3-2017 08:13 PM
Husni mana Husni?
Quote CiliPadiSedap 26-3-2017 08:58 PM
indon jealous ni baru 1mdb..

belum lagi 2mdb..

Quote ultramantujuh 30-3-2017 06:02 PM
Mudah sahaja jawapan kementerian kewangan, betul-betul pundek, selesai apa , macam mana tak selesai sebab semua aset 1MDB telah dijual kepada pelabur-pelabur dari China dengan bayaran wang tunai berbilion-bilion.
Quote Lagubestbest 30-3-2017 07:00 PM
Dah selesai eh?
Quote bebah 31-3-2017 09:50 PM
wow!!amazing nyeh

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.047910 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top