"Bukannya suplemen itu yang tak berkesan, tapi usus anda yang kotor, jadi ia tidak dapat menyerap kebaikan suplemen."
Pernahkah anda mendengar iklan sedemikian rupa yang seolah-olah menakutkan pengguna betapa kotornya usus mereka selama ini. Jika tidak dibersihkan boleh menyebabkan penyakit kronik termasuklah kanser dan sebagainya. Malah, anda disuruh untuk membeli produk untuk membersihkan kerak-kerak yang melekat pada usus anda itu. Namun, selepas menggunakannya, tak ada pula kerak yang keluar? Menurut seorang doktor, melalui laman Facebook miliknya, detox usus bagi membuang kerak najis adalah suatu penipuan besar. "Bermacam-macam cerita direka untuk menakutkan pembeli bagi melariskan produk detox. Contohnya lilin mi segera melekat pada usus jika makan mi segera. Lemak berkumpul pada dinding usus apabila makan benda berlemak. Lalu perlu detox usus bagi membersihkannya. "Walaupun mi segera dan makanan berlemak itu tak sihat, tapi ia takkan menyalut dinding usus. Memang karut tu. "Sepanjang saya bekerja, dah beribu-ribu usus saya saksikan sendiri, sewaktu colonoscopy (teropong usus) mahupun sewaktu laparotomy (pembedahan abdomen) bagi kedua-dua jenis prosedur samada elektif (sempat beri enema: usus bersih) atau kecemasan (langsung tak sempat beri enema: usus ada najis). Tak pernah sekali pun saya nampak usus yang berkerak. Licin bersih je dinding usus tu semua." Ternyata ramai yang terkejut dengan pendedahan doktor ini. "Baca doktor sahkan tak pernah wujud pun kerak usu..membazir je beli detox segala itu." "Wah, bolehlah makan maggi tanpa mitos lilin melekat." Namun, tak kurang juga yang cuba berdebat dan mengatakan detoks itu memang diperlukan terutamanya dalam darah. Selebihnya anda boleh baca seperti di bawah. Kesimpulannya, jangan mudah terpengaruh dengan iklan jualan produk suplemen yang kononnya mampu melakukan perkara yang tidak terjangkau akal fikiran, seperti mencuci kerak usus, mencuci darah dan sebagainya. Berbincanglah dengan doktor jika melibatkan kesihatan anda. - CARI |
25
Bagus |
10
Marah |
14
Terkejut |
20
Sedih |
13
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Super-M replied at 28-3-2017 05:51 PM
KKM lemau..dah adu, kat ig pasal seller yg jual buat khidmat pendakap gigi lah.. masih gitu lagi. ma ...
dodolgemok replied at 28-3-2017 07:29 PM
Adu ke fesbuk kkm ke sis? Mmg xjalan lah tggu smpai merepot. Buat aduan sekarang dah senang, onlin ...
Super-M replied at 28-3-2017 07:34 PM
xlah.. adu bersurat. email lah semua.. yg kat ig aku printscreen apa yg aku SS.. xpayah cite masya ...
hzln replied at 28-3-2017 08:25 PM
biar lah org kata aku sombong ker hapa
tapi takat akak2 skolah menengah aliran sastera nak bergeban ...
ADVERTISEMENT