Sebelum ini Abby Abadi mengambil langkah untuk berdiam diri bila ditanya khabar tentang dirinya yang dikatakan mengandung. Namun kini, bekas anggota kumpulan Elite itu berterus terang yang dia memang sedang hamil hasil perkahwinan terbaharunya dengan Muhammad Faizal Zakari.
Mulanya dia agak risau untuk berkongsi berita gembira tersebut memandangkan usia kandungannya masih lagi baharu. "Alhamdulillah, syukur. Banyak kali saya berfikir sama ada mahu berkongsi atau tidak kerana bimbang jika terjadi apa-apa kerana kandungan masih baharu. Selepas berbincang dengan suami, kami bersedia berkongsi berita gembira ini. Saya tidak mahu berfikir yang negatif dan berharap keinginan untuk menimang cahaya mata menjadi kenyataan, insya-Allah," katanya kepada Berita Harian.
Kandungannya baru sahaja mencecah sebulan dan pasangan ini tidak kisah jika bayinya lelaki atau perempuan asalkan sihat walafiat. "Doakan kandungan saya kali ini dapat melihat dunia. Sudah lama tidak 'membawa' perut, jadi saya mohon doa semua," kata Abby lagi. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada pasangan bahagia ini. Semoga segalanya dipermudahkan. -CARI
|
zuri154 replied at 17-3-2016 04:33 PM
iols rasa somi baru abby pandai handle abby utk dengar ckp heols.... bekas somi sblum ni kan mcm dgr ...
ADVERTISEMENT