Tiga remaja lelaki berusia antara 15 hingga 19 tahun ditahan selepas polis menerima aduan daripada seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mendakwa dirogol kenalan WeChat.
Memetik BH Online, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam dalam satu kenyataan berkata keempat-empat remaja terbabit mengenali satu sama lain menerusi apikasi WeChat. Menurutnya, mangsa mendakwa kejadian berasingan itu berlaku di bilik tidur ketika ibu bapanya tiada di rumah antara Januari hingga bulan ini. Sementara itu, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek merupakan rakan dan kenalan sekolah mangsa.
"Mangsa turut mengaku melakukan hubungan seks dengan tiga lelaki berkenaan sejak tiga bulan lalu. "Hasil siasatan, kita menahan tiga lelaki berusia 15 hingga 19 tahun dan mereka kini direman sehingga 31 Mac ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya. Dalam masa sama, Supramaniam mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak terutama aktiviti menerusi aplikasi sosial mereka kerana bimbang ia boleh membawa kepada kemudaratan. - CARI
|
lostfaith replied at 25-3-2017 09:10 AM
Confirm yg budak lelaki jer kena yg budak perempuan terlepas....
insulin replied at 25-3-2017 10:05 AM
Makin menjadi-jadi pula kes budak2 sekolah menengah akhir-akhir nih...
jeeja07 replied at 25-3-2017 10:21 AM
Risaunya bila memikir ramai daughters. In their teenage pulak tu. Masukkan ke girls' school. Harap t ...
ADVERTISEMENT