CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lain Yang Dipesan, Lain Yang Dibuat Lepas Tu Caj Mahal - Pelanggan Mengeluh

22-3-2017 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9860| Komen: 46|Original author: Oleh: Adib Za


Terkenal sebagai lokasi makanan menarik dan juga kepelbagaian citarasa yang berbeza, Pulau Pinang sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk jalan-jalan cari makan. 


Pun begitu, nampaknya ada sesetengah pengusaha makanan yang mengambil kesempatan atas permintaan tinggi yang datangnya dari masyarakat setempat dan luar ini. 

Seorang netizen bernama Aizat Khalid meluahkan rasa terkilan dan tidak berpuas hati dengan 'modus operandi' yang dilakukan oleh sesetengah peniaga di Transfer Road. 


Katanya, bukan sekali dua terkena sebaliknya kerap kali dia dipermainkan. 

"Kalau hampa order roti canai+daging seketui, depan nanti bohh teruih 2 ketui daging. 


"Kita pun makanlah ingat depa boh 2 ketui tu sebab daging kecik. Tapi kita silap, depa boj 2 ketui ikut suka hati depa walaupun kita minta seketui. Lepastu nanti kira harga 2 ketui." 

Malah, baru-baru ini peniaga di situ mula dengan cara yang baru untuk 'mengetuk' para pengunjung. Katanya, kali ini mereka memberikan roti canai telur yang sah-sah harga lebih tinggi, walaupun menu yang dipesan adalah roti canai. 

Dari kalangan netizen lain, mereka turut memberikan komen negatif dengan situasi tersebut. 

"Banyak kawan dah kena terutama yang dari Kuala Lumpur jadi mangsa."

"Dahla tak sedap, tengok pun tak dan harga pun mahal."

Pun begitu ada yang berkata situasi ini adalah 'serangan' daripada pesaing yang dengki dan busuk hati dengan perniagaan laris di Transfer Road. 



Apa pun, berwaspadalah dalam memilih makanan yang dipesan daripada mana-mana gerai atau restoran. Jangan kerana terkenal, kita tak pasal-pasal jadi mangsa penipuan pula. - CARI 


7

Bagus
5

Marah
1

Terkejut
17

Sedih
1

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 22-3-2017 04:42 PM
komen2 lain iols tunggu, so sape lagi yg ade pengalaman di sini? silalah share
Quote matchstick 22-3-2017 05:02 PM
Nk setuju dgn komen pasal hygiene tu..tp bukan kedai mamak je buat mcm tu..xsuka betul pelayan nk angkut pinggan byk2 main tindan2 je. Susah sgt ke nk pakai talam
Quote LavaUollss 22-3-2017 05:12 PM
nak off topic sikit je. Cashier McD pun selalu buat camni. Masa order x tanya pun nak set regular atau large. Dia terus keyin set large je. Ingatkan memang harga dia macam tu. Sekali dia bagi cawan coke besar...hmmm..dah tau dah terkena la tu suruh ambik set large. Nakhariam betoi.
Quote myakayina 22-3-2017 05:17 PM
LavaUollss replied at 22-3-2017 05:12 PM
nak off topic sikit je. Cashier McD pun selalu buat camni. Masa order x tanya pun nak set regular at ...

pelik pulak ..selalunya dorg akan tanya nak set apa...next time order ckp kuat sikit ko nak set apa..large or medium.. kdg dorg ni sedap je tekan mesin cashier tu..
Quote LavaUollss 22-3-2017 05:31 PM
myakayina replied at 22-3-2017 05:17 PM
pelik pulak ..selalunya dorg akan tanya nak set apa...next time order ckp kuat sikit ko nak set ap ...

Dia tak tanya pun chuoll. Tengok dekat bod tu ada ayam goreng, aioll pun order la set ayam goreng. Dia tanya original ke spicy..aioll cakap spicy..dia tanya lagi, nak air apa..aioll cakap coke. Tak tanya pun nk set besar ke kecik. Sekali dia cakap harga 15++. aioll pun bayar la. Sambil2 tunggu makanan siap, tengok la balik menu kat atas tu. Tulis situ set ayam 13++, mula tertanya kenapa harga 15++

Sekali tengok dia ambik cawan besar, baru la paham. Agaknya kalau kita tak mention, automatic dia assume kita nak set besar ke?
Quote myakayina 22-3-2017 05:35 PM
LavaUollss replied at 22-3-2017 05:31 PM
Dia tak tanya pun chuoll. Tengok dekat bod tu ada ayam goreng, aioll pun order la set ayam goreng. ...

mungkin cashier tu caj mengikut saiz badan yg order kot..
Quote spankee_fili 22-3-2017 05:40 PM
haha...lagi satu kalau order teh tarik kurang manis, bagi kurang manis tau! kurang manis tau !
sekali yang sampai macam nak potong kaki jugak...
Quote LavaUollss 22-3-2017 05:40 PM
myakayina replied at 22-3-2017 05:35 PM
mungkin cashier tu caj mengikut saiz badan yg order kot..

Lahanat sangat khennn
Quote Artemesiaa 22-3-2017 06:12 PM
Nampak sangat nak ambik kesempatan
Quote shuk_one 22-3-2017 06:53 PM
pernah try tempat nih, tapi sekali je.. nape I rasa tak sedap..
dah lah mahal
Quote mongoose_kidz 22-3-2017 08:23 PM
cakap pasal ni aku slalu terkena kat food court tesco kb...kdai kuetiaw goreng.aku order kuetiaw goreng,dia bg char kuetiaw.
pastu bila aku cakap dia silap budak tu xmau buat lain..dia kata sedap ni charkuetiaw.aku malas bunyi amik jela..kali kedua prgi jd lagi...hrga lari dlm rm2 lebih..mmg x byk tp geram sbb mcm sambil lewa amik order...kali kedua ni aku suruh gak budak tu goreng yg lain..lantak la dia marah pun
Quote armin 22-3-2017 08:47 PM
LavaUollss replied at 22-3-2017 05:31 PM
Dia tak tanya pun chuoll. Tengok dekat bod tu ada ayam goreng, aioll pun order la set ayam goreng. ...

Selalunya default order dorg bg set regular kalau tak bgtau. Kalau nak large kena bgtau large. Xpenah lg dorg terus tekan large. Lenkali bagitau je nak set apa senang dua2 pihak tak keliru. Kalau dia salah walaupun dah order set medium tu baru hang marah
Quote crystel 22-3-2017 09:09 PM
armin replied at 22-3-2017 08:47 PM
Selalunya default order dorg bg set regular kalau tak bgtau. Kalau nak large kena bgtau large. Xpe ...

Takde., aku pun selalu terkena mmg diorg charge set large..Oooo air boleh plak tanya nak air apa
Set xmau tanya plak nak regular ke besar..
Aku pernah sound skali cashier tu ckp i ada ckp nk set large ke..
Terus terpinga pinga cashier tu.
Ye laa kdg2 kita as cust ni pn lupa nk mention nak regular ke large
So yg si cashier tu patutnya tanya la kan before tekan

Quote umbut 22-3-2017 09:16 PM
Kat kedai mamak ni kena hati2 bila kira bil.. Ntah apa yg dicongaknya.. Una.unge.one.. Tup tup 30.00
Quote LavaUollss 22-3-2017 10:04 PM
mongoose_kidz replied at 22-3-2017 08:23 PM
cakap pasal ni aku slalu terkena kat food court tesco kb...kdai kuetiaw goreng.aku order kuetiaw gor ...

ko tak takut dia ludah ke?? Selalu ada je pekerja kedai makan macam ni. Customer banyak komplen, dia ludah dalam makanan...uwekkk
Quote shernazz 22-3-2017 11:27 PM
crystel replied at 22-3-2017 09:09 PM
Takde., aku pun selalu terkena mmg diorg charge set large..Oooo air boleh plak tanya nak air apa
...

if mcd
u can see thru screen belakang dia tu...
iols slalu perhatikan screen belakang tu...sebab cashier slalu tertukar set regular n large tu bila kalut....
Quote pearl.silver 23-3-2017 07:26 AM
LavaUollss replied at 22-3-2017 05:31 PM
Dia tak tanya pun chuoll. Tengok dekat bod tu ada ayam goreng, aioll pun order la set ayam goreng. ...

Iols penah kena camtu dengan mcD
Geram gak dia xtanye terus bagi large
Lepas dr aritu klu order mcd iols ckp terus sy xnak large ye.
Quote pearl.silver 23-3-2017 07:29 AM
mongoose_kidz replied at 22-3-2017 08:23 PM
cakap pasal ni aku slalu terkena kat food court tesco kb...kdai kuetiaw goreng.aku order kuetiaw gor ...

Kak hasanah kata, klu kedai bg order salah tu makan je.
Sebab klu suruh dia masak lain, dia dah xmasak dgn kasih sayang  
Quote surwanis 23-3-2017 08:24 AM
cuba kenakan mamak tu balik...
xmkn daging tu seketui n telur tu asingkan
haaa...baru tau langit tgi rendahh

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.170630 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top