Seorang wanita yang sedang tidur dalam pesawat terkejut apabila tiba-tiba fon kepalanya meletup hingga mengakibatkan sebahagian mukanya melecur.
Ketika kejadian, dilaporkan wanita berkenaan yang namanya tidak didedahkan dalam penerbangan dari Beijing ke Melbourne itu sedang mendengar muzik menggunakan fon kepala sambil melelapkan matanya. Memetik laporan Daily Mail, mangsa dikatakan terlena kira-kira dua jam apabila bateri fon kepala itu dipercayai meletup. “Tiba-tiba kedengaran bunyi letupan dan saya terasa muka saya terbakar." Gambar menunjukkan wanita berkenaan yang namanya tidak didedahkan dengan muka dan lehernya hitam kesan terbakar. Menurut Biro Keselamatan Pengangkutan Australia yang menyiasat kejadian itu, fon kepala itu mungkin terbakar akibat bateri lithium-ion yang digunakan. Tambah biro dalam satu kenyataan, berikutan semakin banyak produk menggunakan bateri, maka potensi ancaman dalam pesawat juga kelihatan meningkat.
Sementara itu, jurucakap biro iaitu Stuart Godley, ini merupakan kejadian kali pertama mereka menerima laporan mengenai kebakaran fonkepala dalam pesawat.- CARI |
11
Bagus |
11
Marah |
14
Terkejut |
18
Sedih |
9
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT