![]() Hiasan.. KUANTAN - Seorang penunggang bernasib malang apabila enjin motosikalnya tiba-tiba mati di tengah jalan sebelum dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 19, Jalan Simpang Kerayong- Maram dekat Bera, kelmarin. Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala akibat rempuhan itu selepas tercampak bersama motosikalnya ke tepi jalan. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Roslan Mat Amin, 41, berasal dari Felda Tementi, Triang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bera 32. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim dalam kenyataannya berkata, mangsa yang menunggang bersendirian dalam perjalanan dari arah Mayam menghala ke Simpang Kerayong. Menurutnya, ketika tiba berhampiran lokasi kejadian, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kereta Proton Iswara dipandu seorang lelaki. “Laluan itu agak berbukit dan mangsa dipercayai cuba memotong dalam keadaan agak laju. “Nasibnya kurang baik apabila enjin motosikalnya tiba-tiba mati di tengah jalan sebaik sampai di puncak laluan berbukit itu,” katanya. Mohamed Fauzi berkata, pemandu kereta yang dipotong mangsa sebelum itu gagal mengelak lalu terlanggar bahagian belakang motosikal mangsa. “Akibat pelanggaran mangsa tercampak jatuh dan mengalami kecederaan parah sebelum dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk menerima rawatan. “Bagaimanapun mangsa gagal diselamatkan selepas disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya. Punca sebenar kemalangan di luar Ops Selamat itu masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
|
|
6
![]() Bagus |
5
![]() Marah |
4
![]() Terkejut |
7
![]() Sedih |
13
![]() Lawak |
6
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
adam pernah alami. punca minyak hitam bocor. masuk gear 3 motor mati.. AdamBillionaire posted on 14-8-2013 06:34 PM
adam pernah alami. punca minyak hitam bocor. masuk gear 3 motor mati..
AdamBillionaire posted on 14-8-2013 06:34 PM
adam pernah alami. punca minyak hitam bocor. masuk gear 3 motor mati..




AdamBillionaire posted on 14-8-2013 06:34 PM
adam pernah alami. punca minyak hitam bocor. masuk gear 3 motor mati..

zorrro_03 posted on 15-8-2013 09:57 AM
alfatihah utk mangsa.
takkan cbr650 pun mati tgh jalan gak...
cengkadak hang.
motor ayah aku cm minyak hitam selalu meleleh kt parking rumah. normal ek acong? sebab motor tu banyak bersemadi di parking berbanding digunakan. setahun boleh dikira dengan jari brape kali digunakan
AdamBillionaire posted on 15-8-2013 09:59 AM
cengkadak hang.
aku naik ex5 je. pg joging kt stadium.. nasib baik ada org tukang mesin ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.057009 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.