Tahniah buat Malaysia Airport Berhad (MAHB) dan Pengendali Syarikat-Syarikat Penerbangan (AOC) kerana berjaya meningkatkan prestasi pekerjaan dan perkhidmatan kepada pengguna di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Memetik laporan Bernama, KLIA telah diiktiraf sebagai Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia pada Majlis Anugerah Lapangan Terbang Dunia SKYTRAX di Passenger Terminal Expo Amsterdam, Belanda kelmarin. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pengiktirafan ini mencerminkan tahap perkhidmatan tinggi warga kerja jabatan di KLIA selaras dengan slogan Integriti, Profesional dan Mesra yang sentiasa diterapkan dalam penyampaian perkhidmatan. "Penganugerahan ini bukan saja membuktikan Jabatan Imigresen cekap daripada segi perkhidmatan, malah mementingkan kualiti serta budi bahasa anggota yang bertugas dengan mengutamakan kedaulatan, keselamatan dan kesejahteraan negara." Menurut Mustafar, Anugerah Lapangan Terbang Terbaik Dunia adalah berasaskan kajian daripada 13.82 juta soalan melibatkan lebih 105 warganegara pelbagai negara meliputi lebih 580 lapangan terbang di seluruh dunia.
"Kajian itu menilai pengalaman pengguna merentas 580 perkhidmatan lapangan terbang berlainan dengan mengambil kira aspek pemeriksaan masuk, ketibaan pemindahan sehinggalah kepada pelepasan pesawat." "Selain itu, kualiti serta hospitaliti yang disediakan Jabatan Imigresen turut menjadi keutamaan dalam aspek penilaian. Atas sebab itu semua kita dinilai sebagai yang terbaik." - CARI |
29
Bagus |
7
Marah |
11
Terkejut |
13
Sedih |
16
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Arry replied at 15-3-2017 06:10 PM
dah ada yg bukak thread ni pagi tadi...
Changa replied at 15-3-2017 06:12 PM
tapi thread akak paling vass kot sis?
yang lain2 sendu jah. baik katup jah takat thread sedeh ini ...
alya_daniela replied at 15-3-2017 06:16 PM
bukan ke immigration malaysia tak boleh baca passport dekat kaunter airport tu... problem sampai que ...
Modngengade replied at 15-3-2017 07:03 PM
Bimbo nya sistur...
ingatkan reporter CI je yg suka buka tered yg dah ada..rupanya kaka andartu kep ...
Modngengade replied at 15-3-2017 11:03 AM
Bimbo nya sistur...
ingatkan reporter CI je yg suka buka tered yg dah ada..rupanya kaka andartu kep ...
Changa replied at 15-3-2017 06:12 PM
tapi thread akak paling vass kot sis?
yang lain2 sendu jah. baik katup jah takat thread sedeh ini ...
Modngengade replied at 15-3-2017 07:02 PM
@spiderman80
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1034554&page=2&mobile=2#pid6 ...
Mary_jane replied at 15-3-2017 07:17 PM
Yang penumpang iran naik mh370 disyaki teroris tu apa cerita?
ADVERTISEMENT