Di Malaysia jumlah mereka yang berada di jalanan tiada rumah agak membimbangkan dengan angka yang hampir mencecah kepada 2,000 orang (Kuala Lumpur sahaja) dari pelbagai lapisan kaum dan keturunan. Mereka ini memenuhi ruang kaki lima bangunan-bangunan sekitar KL. Jumlah golongan ini pasti akan meningkat jika kita sebagai masyarakat tidak melakukan sesuatu untuk membantu mereka keluar dari kelompok bergelandangan. Anak-anak kecil yang berada di jalanan bukanlah sesuatu yang kita tidak boleh bimbangkan. Mereka telah terbiasa dengan keadaan di kaki lima bersama gelandangan yang lebih dewasa. Jika kita tak mahu mereka menjadi seorang gelandangan di masa depan kita perlu lakukan sesuatu buat mereka SEKARANG agar mereka tidak menjadi (FUTURE HOMELESS).
Antara aktiviti atau bantuan yang sering kita jalankan atau gemar lakukan untuk membantu mereka adalah PEMBERIAN MAKANAN (STREET FEEDING) yang tanpa kita sedari aktiviti ini boleh menjadi sebaliknya.
Berapa ramai mereka di luar sana menjalankan aktiviti #streetfeeding ? Berapa banyak NGO yang menjalankan aktiviti street feeding? Berapa kerap pihak cooperate menjalankan CSR mereka dengan street feeding? Berapa kali pelajar sekolah/kolej/university turun ke jalanan menjalankan street feeding? Bila mereka semua bergerak sekaligus, ini semua boleh menyebabkan PEMBAZIRAN makanan di jalanan. Bayangkan! Jika dalam satu malam 4 kumpulan menjalankan street feeding beri atau lalu ke kawasan yang sama?
Kita sendiri tak boleh makan sampai 4 bungkus makana dalam satu malam kan, penyudahnya ke TONG SAMPAH lah baki makanan atau terbiar basi di kaki lima. Betul kita tiada hak nak halang masyarakat dari buat KEBAIKAN! TAPI Pernah tak kita berfikir bagaimana nak elakkan pembaziran dalam street feeding? Meh rapat sikit abanG bagi tips ? 1. Sebelum nak lakukan aktiviti tu buat sedikit kajian tentang mereka. 2. Sebelum nak turun ke jalanan tu pe survey dulu mereka di mana. 3. Jumpa mereka terlebih dahulu lihat dan tanya mereka keperluan asas yang di perlukan (Hanya keperluan harian di cadangkan seperti Sabun,Ubat Gigi,Ubat Nyamuk) 4. Elakkan dari memberi mereka makan panas/berat. 5. JANGAN sediakan bekalan dalam skala yang banyak. 6. Buat aktiviti bersama NGO yang konsisten bantu mereka. Atau jangan bagi mereka MAKAN langsung. Buat benda lain bersama mereka seperti streetcleaning. #streetcleaning satu aktiviti di jalanan tanpa mengunakan modal yang besar, kita hanya perlukan plastik sampah, sarung tangan dan hand sanitizer. Ajak kawan-kawan jalanan bersihkan kawasan sekeliling mereka tidur, ajar mereka untuk menjaga kebersihan, didik mereka tentang bahaya tidak menjaga kesihatan. Kita nak mereka sihat dan menjaga kebersihan walaupun mereka tinggal di jalanan. Kita sendiri yang ada rumah ini pun kekadang tak bersih dan sihat kan? Kita boleh lakukan perubahan dalam kebajikan ini. Antara senarai NGO yang bergerak aktif dalam aktiviti Street Feeding di KL :
#empireproject #sfokl #thegagaks #humanity #hchc #vivastarfish #kindnessmalaysia #klsikhs #metta #misisj #icarebearz #kenchara #pertiwisoupkitchen #mustarsseed #pitstopcafe #dapurjalanan #ftn #nfn #unggas Ini sebahagian yang abanG tahu, yang tak tahu atau buat one time sahaja memang melambak. Jadi tepuk dada tanya diri sendiri bagaimana kita nak bantu mereka. Salam perkenalan, abanG |
59
Bagus |
33
Marah |
28
Terkejut |
42
Sedih |
17
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI_Kolumnis replied at 15-3-2017 05:51 PM
Di Malaysia jumlah mereka yang berada di jalanan tiada rumah agak membimbangkan dengan angka yang h ...
mongoose_kidz replied at 15-3-2017 09:22 PM
pada aku baik lagi bg stray cat mkn...
lepas ko bg mkn tu..kucing tu akn tgk je kita mcm nk ckp ter ...
ADVERTISEMENT