Sedih dengan sikap pengasuh kini yang semakin menjadi-jadi dan bagaikan tidak pernah serik dengan dengan segala berita berhubung hukuman terhadap penderaan anak asuhan dipaparkan.
Baru-baru ini, akaun Facebook Info Ibu Hamil mendedahkan sebuah kisah pasangan suami isteri yang mendapati bayi mereka berusia tiga bulan didera fizikal dan mental. Menerusi perkongsian itu, pengasuh itu pada awalnya mengatakan bayi mereka lebam di bahagian muka dan hidung kerana terjatuh ketika sedang dimandikan di dalam sinki. Bermula dari saat itu, si isteri sudah mengesyaki pengasuh menganiaya anak mereka, namun suaminya masih berprasangka baik.
Seminggu kemudian, si isteri menemui kesan lebam pada kaki dan kepala anaknya selain terdapat kesan calar pada belakang badan. Sejurus itu, mereka terus bertanyakan kepada pengasuh berkenaan, namun dia tidak mengakuinya sebaliknya mengatakan bayi itu terjatuh. Tidak berpuas hati dengan sikap acuh tak acuh pengasuh berkenaan, mereka mengugut melaporkan perkara itu kepada polis sambil meminta semua barangan anak mereka daripada pengasuh. Betapa terkejutnya mereka apabila mendapati keadaan botol susu yang sudah berkerak sedangkan berus botol susu serta bahan pencuci sudah disediakan. Apa lagi, membara la perasaan si ibu. Terus dihubunginya pengasuh tadi melampiaskan kemarahannya. Namun, lebih kurang jam 3 pagi pengasuh berkenaan menghubungi mereka dan merayu agar perlakuannya tidak dilaporkan kepada polis. Pasangan berkenaan bagaimanapun tidak mengendahkan rayuannya dan terus membuat laporan keesokan harinya. Ibu bapa di luar sana dinasihatkan supaya peka dengan keadaan anak. Periksa keseluruhan tubuh bagi memastikan tiada sebarang kesan kecederaan, selain memeriksa bekalan yang disediakan seperti lampin, botol susu dan sebagainya. - CARI |
14
Bagus |
21
Marah |
25
Terkejut |
7
Sedih |
3
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
WhiskeyScotch replied at 8-3-2017 04:27 PM
Stress je cubit anak orang? Mudahnya solution kau dek.
vanillaninja replied at 8-3-2017 04:02 PM
Stressed I baca news macam ni. Pengasuh pun kalau memang tak reti bersabar dengan baby jangan la gat ...
whadda replied at 8-3-2017 03:47 PM
nasib baik la dapat bini yang ade akal.. mane boleh diam je klo ade tanda2 lebam bagai
WhiskeyScotch replied at 8-3-2017 04:27 PM
Stress je cubit anak orang? Mudahnya solution kau dek.
chazey replied at 9-3-2017 12:04 AM
Motif tak makan babi macam Cina pun hati keras kejung tiada perikemanusiaan?
Apai90 replied at 8-3-2017 06:17 PM
Sebab kau stress kau bole cubit anak orang?? Apa kata if semua parents yg hantar anak dorg kat pen ...
ADVERTISEMENT