CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Jijik Dengan Gelandangan, Boleh Menangis Baca Kisah Despatch Ini

7-3-2017 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7293| Komen: 18|Original author: Oleh: Myra Rozi

Bagi anda yang biasa berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur, pasti akan terserempak dengan gelandangan. Biasanya kebanyakan dari kita akan menjauhi atau memandang dengan penuh rasa jijik golongan ini.


Maklumlah takut jika diapa-apakan namun berbeza bagi pemuda yang bernama Muhd Khairul ini kerana dia bukan sahaja menjadikan gelandangan sebagai kawannya, malah turut cuba menyelami jiwa mereka.

Menurut kisahnya yang dikongsi Facebook, Khairul adalah seorang Mat Despatch dan apa yang menarik perhatian adalah persahabatannya dengan gelandangan bernama Ashuk Kumar.


"Aku habiskan masa rehat tengah hari aku dengan dia. Berjalan sambil berborak. Ketenangan masa ni Ya Allah!!! Allah saja yang tahu. Aku rasa bahagia sangat walaupun ramai yang memerhati aku dengan Ashuk ni."

Bukan sahaja bergurau senda dengannya, malah Khairul juga membawa Ashuk pergi gunting rambut dan memberikan wang untuk membeli barangan keperluan mandi.

Ashuk dan Khairul sebelum gunting rambut, Foto: FB Muhd Khairul
Ashuk selepas gunting rambut, Foto: FB Muhd Khairul
"Ni dugaan hang Shuk, Insyaallah hang berjaya. Aku nak hang jadi macam dulu. Lupakan semua masalah. Aku takkan ada belakang hang, tapi aku akan ada sebelah hang."


Tidak mempedulikan pandangan jelik orang ramai ketika dia berjalan bersama seorang gelandangan, tindakan Khairul ini merima ucapan tahniah dan 'berbakul-bakul' pujian dari netizen.

Khairul juga sempat berpesan "Dalamilah nasib kehidupan orang yang jauh lebih daif. Bersyukurlah."

Semoga kisah ini membuka mata pembaca dan memberi sejuta kebaikan kepada kita semua. -CARI
11

Bagus
15

Marah
19

Terkejut
20

Sedih
14

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WhiskeyScotch 7-3-2017 04:38 PM
Usahanya yang ingin membantu gelandangan tersebut wajar dipuji dan dicontohi.
Quote Artemesiaa 7-3-2017 05:32 PM
Syabas untuknya sebab sudi menbantu bukan hanya sekadar bagi komen di media social tapi benar2 tolong membantu
Quote siskepoh 7-3-2017 05:55 PM
syabas.ada juga rupa org shuk ni pas gnting rmbut
Quote Aneem 7-3-2017 07:23 PM
Lepas ni aku boleh tolong ketipkan kuku lak..
Aku ok je dgn gelandangan..
Tapi ngan org gile tak berani..
Mcm ada kimia antara aku dan org gila..
Quote obical 7-3-2017 08:00 PM
Bravo dik...prihatin sgt..
Quote Jorja 7-3-2017 09:16 PM
Aneem replied at 7-3-2017 11:23 AM
Lepas ni aku boleh tolong ketipkan kuku lak..
Aku ok je dgn gelandangan..
Tapi ngan org gile tak b ...

U ada chemistry dgn orang gila? Macam mana u tahu or rasa ea  
Quote Aneem 7-3-2017 09:44 PM
Jorja replied at 7-3-2017 09:16 PM
U ada chemistry dgn orang gila? Macam mana u tahu or rasa ea

Ntah la.. malas dan tak nak amik tau..
Paling teruk aku kena, tetiba berdiri sebelah aku ntah dr mn.. senyum 3 seken then dia lempang diri sndiri dan marahkan sesuatu..
Yg lain semua mcm nak berkwn..
Agaknya diorg tau aku penah buat psikologi tp tak abis
Quote Jorja 7-3-2017 10:03 PM
Aneem replied at 7-3-2017 01:44 PM
Ntah la.. malas dan tak nak amik tau..
Paling teruk aku kena, tetiba berdiri sebelah aku ntah dr  ...

You ni misti hati tisu..tu dia boleh sense  
Quote chinta89 8-3-2017 08:14 AM
usaha yg bagus.
Quote MarryPottet 8-3-2017 01:51 PM
dlm komen fb kata ashok ni sb
ntah ntah mmg betul dia undercover sb agent. menyamar jadi gelandangan sbb nk pantau kejadian ragut & samun di kws sekitar
pastu kat pondok wakaf jln nak masuk bukit aman tu pon slalu nampak ada kutu rayau lepak
aku syak mereka tu pon undercover sb agents yg tgh siasat kes ragut & samun area sekitar building ktm sampai ke dataran merdeka sbb ada kes pelancong yg kena ragut kat area tu
lagi 1 aku syak acik yg jual tissue kat jejantas bank negara tu pon undervover sb sbb situ mmg heaven peragut
Quote imsonaif 8-3-2017 02:47 PM
MarryPottet replied at 8-3-2017 01:51 PM
dlm komen fb kata ashok ni sb
ntah ntah mmg betul dia undercover sb agent. menyamar jadi gelandanga ...

tinggi betul imaginasi kau

semua pon ko rasa undercover...
Quote MarryPottet 8-3-2017 04:59 PM
Edited by MarryPottet at 8-3-2017 05:25 PM
imsonaif replied at 8-3-2017 02:47 PM
tinggi betul imaginasi kau

semua pon ko rasa undercover...


pastu semalam aku nampak kat taman kat rumah aku ada bro muka melayu msian duk trim pokok munger & sorang lg sental swimming pool, selalunya bangla dok buat kerja tu. so aku syak mereka pun undercover sb sbb tak lama dulu ada unit yg kena ambushed black money case. ni tak lama akan ada serbuan lg lah tu kat salah satu unit ntah kes apa plak

kat porem ni pon ada sb dok berkuntum utk pantau kegiatan forumer terutama yg berkaitan dgn terrorism
jangan jangan ko adalah salah sorang sb yg undercover kat porem ni
Quote emelia1509 8-3-2017 05:34 PM
Aneem replied at 7-3-2017 09:44 PM
Ntah la.. malas dan tak nak amik tau..
Paling teruk aku kena, tetiba berdiri sebelah aku ntah dr  ...

haha..lawak la..nasib bukan cuols yang kena lempang..

sadis ok kena lempang dengan si gila  
Quote pr3ttytw33ty 8-3-2017 07:20 PM
MarryPottet replied at 8-3-2017 04:59 PM
pastu semalam aku nampak kat taman kat rumah aku ada bro muka melayu msian duk trim pokok munger ...

Ke hg pn undercover kt porem ni potet
Quote MarryPottet 9-3-2017 12:47 AM
pr3ttytw33ty replied at 8-3-2017 07:20 PM
Ke hg pn undercover kt porem ni potet

koserrrrrr sgt ang ni combi dok speku aku
kalaulah aku undercover agent, aku akan create nick forum as JaneSmith, bersempena dgn watak angie jolie dlm movie mr & mrs smith
Quote imsonaif 9-3-2017 10:24 AM
MarryPottet replied at 8-3-2017 04:59 PM
pastu semalam aku nampak kat taman kat rumah aku ada bro muka melayu msian duk trim pokok munger ...

hahahahaha

hati-hati ada yang memerati

Quote ch3ngkoy 9-3-2017 11:01 AM
humanity restored
Quote sssf83 9-3-2017 11:50 AM
Hati dan budi pekerti yg murni..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.097085 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top