CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Miss Malaysia World Dilucutkan Gelaran!

7-3-2017 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8307| Komen: 28

Gara-gara melancarkan 'serangan' di media sosial, organisasi memutuskan untuk melucutkan mahkota dan gelaran Miss Malaysia World yang disandang Tatiana Kumar Nandha.


Foto: The Star/NST

Pengumuman itu dibuat melalui akaun Instagram organisasi berkenaan, (@miss_world_malaysia), semalam.

Entri itu ditandantangani bekas pengarah kebangsaan Datuk Anna Lin menyatakan Tatiana, 18, telah melanggar tatacara dan kontrak.



Menggantikan tempat Tatiana, naib juara Shweta Sekhon, 19, dinobatkan sebagai Miss Malaysia World 2016/17 yang baru.


Foto: IG Miss World Malaysia

Memetik laporan The Star, Anna mengatakan Tatiana dan keluarganya memuat naik beberapa entri berunsur serangan terhadap organisasi Miss World Malaysia di internet dan media sosial.

"Ada formaliti tertentu yang harus dipatuhi, namun Tatiana telah membuat pelanggaran membabitkan penaja penting, sekali gus menyebabkan kontrak ditamatkan," katanya.

Isnin lalu, bapa Tatiana, Kumar Nandha, mengesahkan surat rasmi pelucutan gelaran itu telah diserahkan kepada anaknya melalui e-mel pada 3 Mac.

"Dia tidak melakukan sesuatu yang salah," kata Kumar melalui telefon itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Menyandang gelaran Miss Malaysia World 2016/17 pada Ogos tahun lalu, Tatiana mewakili Malaysia di persada dunia dalam peringkat akhir di Maryland, Amerika Syarikat Disember lalu. - CARI

32

Bagus
36

Marah
23

Terkejut
31

Sedih
37

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (188 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 7-3-2017 02:56 PM
serangan apa ittew?
Quote aznizazzadele 7-3-2017 02:59 PM
dia kata apa?
Quote vanillaninja 7-3-2017 03:07 PM
Sheols mengata one of the sponsors ke?
Quote tanakkampung1x 7-3-2017 03:11 PM
Bukan Miss World dah lepas kah? Tatiana dan siap bertanding semua kan?

Baca somewhere kata bapa Tatiana post di FB tidak puas hati dengan National Direktor Malaysia yg gila glamour, makan duit (Tatiana terpaksa cari tiket sendiri) dan ketika pertandingan ND Malaysia mencaci Tatiana depan orang ramai. ND Malaysia pun ada beberapa bulan lagi kerana terpaksa letak jawatan utk 2017, tapi masih sempat membuli Tatiana ni.
Quote bottombikini 7-3-2017 03:15 PM
selayaknye lah...

takde la cantik nau tapi molot hangsuang
Quote mjla 7-3-2017 03:19 PM
Kes buli Dan dendam ni:
Quote jetrofa 7-3-2017 03:22 PM
dia rejek evening gown penaja ka?
Quote Simunggu 7-3-2017 03:26 PM
nasib baik bukan org umno punya kerja...fuhhh selamat dari fitnah...
Quote manjalara_01 7-3-2017 03:45 PM
Edited by manjalara_01 at 7-3-2017 03:47 PM
tanakkampung1x replied at 7-3-2017 03:11 PM
Bukan Miss World dah lepas kah? Tatiana dan siap bertanding semua kan?

Baca somewhere kata bapa T ...

sometimes your pride and dignity is worth more than the "miss malaysia world" title....
kalau she allz berada di pihak yg betul la...or mmg itu adat pertandingan miss world etc...? kena marah2 depan org ramai??
Quote Modngengade 7-3-2017 03:52 PM
ummah estet baru nk rasa glamour dekk....fefeeling diva....cash la kan
Quote tayam 7-3-2017 04:02 PM
ooh gitu ceritanya
Quote WhiskeyScotch 7-3-2017 04:04 PM
Haaa I dah tahu nak tanya siapa yang lebih arif dalam isu ini.

Sila berikan sepatah dua kata @RatuDunia94

Quote nomas87 7-3-2017 04:36 PM
dia yang study medik tu ke?? yang pakai baju Twin Tower? konpius la
Quote iznanaziz 7-3-2017 04:52 PM
yang ganti tu lawo jugak ke?
tepek muka...
Quote wanawina 7-3-2017 06:57 PM
nomas87 replied at 7-3-2017 04:36 PM
dia yang study medik tu ke?? yang pakai baju Twin Tower? konpius la

itu miss universe. ngaji dentistry. ni miss world.
Quote EvieWanKenobi 7-3-2017 07:21 PM
banyak juga ye rules..
Quote RatuDunia94 7-3-2017 09:30 PM
Ok lah.. At least sempat juga sheols cikcur kt Washington aritu kan walo korek tabung sndiri.. La ni kena lucut pon xde effect cuols...
Quote 32kW 7-3-2017 09:46 PM
gambar yang sengeh pakai that garish  crown tu, macam acik2 40 series jah
Quote boongalalang 7-3-2017 10:18 PM
Pasal ticket flight tu sebenarnya dah ada dalam package dia tapi economy class. Minah ni nak upgrade ke bisnes class mmg tak dapat la kan

Dia dapat upgrade ke business class sbb bapak dia tolong, mntk tolong tourism Malaysia sekali. Siap mention benda ni dalam acc social media dia.

Organizer WhatsApp Tanya kenapa buat statement mcm tu, dia cakap bapak dia suruh

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.169461 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top