Peminat tempe sekalian! Anda selalu makan sambal tempe, tempe goreng, tempe goreng sambal dengan ikan bilis dan macam-macam lagi. Tapi pernah tak anda makan nugget tempe?
Ha, resipi yang satu ini sesuai sangat untuk anak-anak atau sesiapa saja yang tak menggemari tempe. Selepas menjalani sedikit ubah suai, sesiapa pun akan jatuh cinta dengan nugget tempe ini. Macam mana nak buat nugget tempe ni? Jom tengok! Bahan-bahan 2 bungkus atau 250g tempe 1/2 genggam udang kering (direndam) 150g udang atau ayam (opsyenal - dicincang kasar)
1 labu bawang besar (dikisar) 2 ulas bawang putih (dikisar) 2 sudu teh serbuk lada sulah 2 sudu teh serbuk perasa 2 biji telur 2 sudu besar tepung gandum @ pelbagai guna Garam secukupnya Bahan saduran 1 cawan tepung gandum 1 biji telur (dipukul dengan sedikit garam) Serbuk roti warna oren (untuk menyalut nugget) Cara-caranya 1. Tumbuk atau kisar tempe dan udang kering 2. Gaulkan bawang merah, bawang putih, lada sulah, secukup rasa, garam, telur dan tepung sehingga sebati (boleh tambah ayam atau udang kisar untuk lebih berperisa) 3. Panaskan pengukus dan ratakan adunan tempe dalam loyang (ratakan adunan mengikut ketebalan diingini) 4. Kukus dalam masa 10 hingga 15 minit supaya telur dan tepung melekat sebati dengan adunan. Angkat dan sejukkan 5. Potong adunan tempe mengikut cita rasa, sadurkan dengan tepung gandum sebelum dicelup ke dalam telur, kemudian golekkan pada serbuk roti 6. Sejukkan seketika dalam peti ais lebih kurang 1o minit supaya serbuk roti melekat sempurna 7. Goreng dengan api sederhana sehingga warnanya menjadi coklat keemasan 8. Siap! Boleh dimakan dengan nasi atau dimakan begitu saja dengan sos Sekali cuba, pasti mahu buat lagi. Cubalah nikmatinya bersama keluarga. Selamat mencuba! - CARI Kredit resipi: tong-gas79/MyResipi
|
32
Bagus |
32
Marah |
22
Terkejut |
25
Sedih |
35
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT