CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kantoi, Rupa-Rupanya Pak Cik Berkopiah Yang Rosakkan Tanaman Kafe Hipster

6-3-2017 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11732| Komen: 38|Original author: Oleh : Hafiz BZ



Akibat dengki dengan kesenangan orang lain, manusia berhati busuk sanggup melakukan perkara-perkara terkutuk yang dilarang dalam ajaran agama.


Jika sebelum ini penulis pernah kongsikan kisah seorang mak cik merosakkan tanaman hiasan jiran kerana dengki, kali ini terjadi lagi satu kes yang hampir sama modus operandinya.


Seorang pemilik kafe di Kota Bharu, Kelantan mendakwa ada pihak cuba mensabotaj perniagaannya yang baru saja sebulan beroperasi. Setelah berkali-kali diganggu, akhirnya pemilik kafe tersebut berjaya membongkar siapakah pelaku yang mensabotaj kafenya.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di depan premisnya menunjukkan seorang lelaki berkopiah yang merosakkan empat tanaman hiasannya.


Lihat video dibawah ini

Loading FB Video...

Pemilik Big Bites Cafe tersebut melahirkan rasa kecewa menerusi status yang dikongsikan di laman Facebook BIG BITES CAFE. Menurut mangsa, walaupun baru sebulan kafenya beroperasi namun beliau telah berdepan dengan macam-macam dugaan. 

"Cafe kami walaupun baru sebulan lebih beroperasi, dah bermacam-macam dugaan. Sejak dua minggu lepas, ada beberapa kejadian berlaku pada kedai kami di waktu pagi ketika orang lain sedang tidur lena. 

"Kes kali ini, tanaman hiasan di depan kafe dirosakkan. Bukan murah empat pokok hiasan besar ini," 

"Sudah ada beberapa kes ada pihak yang dengki dengan kami, sabotaj kafe kami, sedangkan kami bersaing secara sihat, tak kacau orang, bisnes orang. 

"Memang nampak maju dan setiap hari kafe penuh, tetapi itu rezeki yang Allah bagi. Kita sama-sama Melayu, kenapalah perlu dengki? 

"Kes sebelum ini ada yang siap guna benda-benda 'mistik' lagi, benda-benda khurafat gini terkeluar dari iman. Na'uzubillah. Tak payahlah dengki. Kita sama-sama mencari rezeki di bumi Allah ini," tulisnya. 

Lebih mengejutkan, netizen yang menonton rakaman video mendakwa perkara misteri telah berlaku ketika pak cik berkopiah tersebut sedang merosakkan tanaman di kafe hispter itu. Kayu yang digunakan oleh pak cik tersebut untuk merosakkan tanaman tiba-tiba terpelanting dan pelaku tersebut kelihatan berjalan terhenjut-henjut sebelum beredar. 



Diharapkan kisah seperti ini dapat dijadikan pengajaran buat semua. Sekarang sudah tahun 2017, tapi menyedihkan sebab masih ada dikalangan bangsa kita tak putus asa cari akal macam mana nak "melingkupkan" perniagaan/kesenangan orang lain. - CARI



21

Bagus
36

Marah
25

Terkejut
32

Sedih
18

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (165 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 6-3-2017 12:07 PM
busuknya hati..
Quote BebeQ 6-3-2017 12:33 PM
menangis ke pakcik berkopiah tu?

mesti ada masalah ni.
Quote BoongaKertas 6-3-2017 12:49 PM
ke pakcik ni mental sbnrnye? kemurungan.
Quote mirebus 6-3-2017 12:59 PM
soalan aku sama dgn yg komen atas tu. mana dtgnya kayu tu? tetiba je terpelanting kat situ
Quote mochi1098 6-3-2017 01:06 PM
Dia sakit ati. Buat sampai dia sdiri nangis.. apa agaknya punca sbenar..
Quote Lorra2411 6-3-2017 01:13 PM
jilakenya perangai pakcik tu
Quote nabyha 6-3-2017 01:27 PM
mirebus replied at 6-3-2017 12:59 PM
soalan aku sama dgn yg komen atas tu. mana dtgnya kayu tu? tetiba je terpelanting kat situ

awal2 video pakcik tu baling masa motor masih berjalan, pastu kayu tu bergolek.
Quote nabyha 6-3-2017 01:27 PM
sakit hati betul pakcik nih, dah la kaki tak kuat, mengah2 dia dok belasah pokok tu.
Quote vanillaninja 6-3-2017 01:37 PM
Mental ke pure hasad dengki pakcik ni? Ke heols ada cafe hipster yang tak berapa menjadi?
Quote zameyla 6-3-2017 01:45 PM
lorr...camni punya orang pun ada...
Quote manjalara_01 6-3-2017 01:52 PM
mcm2 dugaan org berbusiness ni...
ingatkan org prempuan je yg x selamat...rupe2nye pkok pun dah x selamat..
Quote fynnkakiblock 6-3-2017 02:09 PM
ke pokcik tu pukul setan2 kat situ

MPS
Quote MissMamamia75 6-3-2017 02:18 PM
apa la salah pokok2 itu pakcik..?

pelik sungguh kejadian ni..
Quote Jorja 6-3-2017 02:27 PM
Bukan org melayu malaya aje perangai gini tapi bumiputera muslim sabah pun ramai jenis pedengki. Contoh bila nampak amoi cina drive bmw boleh kata biasalh org cina kuat bisnis tapi bila tengok org bumi drive super ninja king ke harrier ke ..terus dipertikai..disiasat mcmana mampu lepas tu utk sedapkan hati bole lah kata alah kereta recond je...alah tu mesti ambil rasuah tu seriously rasanya misti terbiasa sejak kecil dengar parents depa puji2 anak orang lain itu yg besar suka dengki kat orang..tak senang duduk bila orang sukses
Quote leylapple 6-3-2017 02:53 PM
entah kenapa aku rasa skrg ramai sangat org jahat bertopengkan agama...

sengaja pakai aksesori melambangkan agama2 tertentu sedangkan hati hitam
Quote paz 6-3-2017 03:03 PM
Sakit betul hati pakcik ni yer...
Quote rosasen 6-3-2017 03:38 PM
Sian plak...kenal owner cafe ni..
Quote romeor 6-3-2017 03:42 PM
Persoalannya sape yg campak kayu tu...
Quote tucenmeow 6-3-2017 03:47 PM
i speku pokcik x suka cafe hipster jd tmpat muda mudi dating ke hapa..maksiat kt klate...

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.135891 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top