CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuba Seberang Landasan KTMB, Dua Beradik Maut Dirempuh Komuter

3-3-2017 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5748| Komen: 46

Dua beradik maut selepas dilanggar sebuah komuter berhampiran Stesen Kampung Jawa-Shah Alam, petang semalam.

Mangsa, Sabiran Musa dan Nizam Riduan Musa masing-masing berusia 40 dan 36 tahun dipercayai cuba menyeberang landasan milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kilometer 29.51 dalam kejadian kira-kira pukul 6.21 petang itu.


Memetik laporan Bernama, kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, kaki serta patah tangan setelah dilanggar kenderaan terbabit yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, berdasarkan siasatan awal, kedua-dua mangsa sebelum itu dikatakan berjalan kaki untuk pergi ke sebuah kedai runcit yang terletak di seberang landasan komuter.

“Kedua-dua mangsa ini ialah adik beradik kandung dan bekerja membantu bapa mereka menjual ayam di Seksyen 16. Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak kira-kira 3 meter dari tempat mereka dilanggar.”

 
Shafien berkata, mayat kedua-dua mangsa itu telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) semalam dan proses dibedah siasat akan dilakukan pada hari ini.

Malah, beliau menyatakan tiada sebarang unsur jenayah membabitkan kes itu yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.- CARI

sumber foto: Sinar Harian

12

Bagus
13

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
16

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 3-3-2017 02:37 PM
Takziah kepada keluarga mangsa.
Quote krustykrab 3-3-2017 02:39 PM
haishhhh susah nak ckp.....benda yg boleh dielakkan, dah di bagi amaran tapi buat jugak
Quote Modngengade 3-3-2017 02:43 PM
ummah pprt yg malas menggunakan jejantas...nak short cut sgt..amek kaww...cash
Quote prettyuglybabe 3-3-2017 02:47 PM
ingatkan 4 dengan 6 tahun..
sekali.......
Quote shernazz 3-3-2017 02:48 PM
cash lah
sapa suruh seberang situ..
jejantas ada dak.kat situ?
Quote akusukaq 3-3-2017 02:56 PM
dah selalu buat ok je , tp kali ni dah ajal ,
katenya
Quote seri_mawr 3-3-2017 02:58 PM
aku ingatkan kanak2....org dewasa uper2nya...

tapi ye lah klu dah ajal....mmg tak nmpk komuter tu....malaikat dah nak cabut nyawa...
Quote grouper 3-3-2017 03:03 PM
Area padang jawa tu..mmg dah biasa org kat situ lintas landasan tp xkan x nmpak kot..dah le bunyi train pun bising gak
Quote harrypoter 3-3-2017 03:09 PM
ni mesti bajet lepas, tak sabar nk tggu
Quote manehnya 3-3-2017 03:16 PM
masing-masing berusia 40 dan 36 tahun


ingatkan kanak2...

Quote stania83 3-3-2017 03:21 PM
Tak boleh nak fikir, mcm mnaboleh terlanggar, selipar tersangkut kee
Quote aleesyasofia 3-3-2017 03:30 PM
innalillahiwainnailaihirojiun...
jdkn iktibar pd yg lain..
Quote mieymiey 3-3-2017 03:34 PM
Inalillahiwainailaihirajiun.
Takziah pada keluarga mangsa
Quote Madel 3-3-2017 03:37 PM
6.21ptg..time2 iblis setan berkeliaran .
Time2 gitu org siap2 nak sembahyang maghrib bukan gi merayap..
Itu org2 tua cakap la..bukan aku yg ckp
Quote bellxx 3-3-2017 03:43 PM
takziah lah ....
Quote rosasa 3-3-2017 03:50 PM
akak ingatkan budak2..sebab biasanya budak2 je susah nak fikir baik buruk..rupanya dah nak separuh abad

salam takziah..inalillah
Quote imransulaiman 3-3-2017 03:59 PM
Ingatkan masih mumayyiz
Quote Peterpan17 3-3-2017 04:32 PM

Dah tua bangka berkarat pun msh bodoh. Menempah maut pi lintas laluan ketapi. Yg budak pi buat highway dan jln raya mcm taman permainan, yg tua pula ini fiilnya. Bila lah org Msia ni nak jd bijak sikit.
Quote nora_balqis 3-3-2017 04:36 PM
takziah kepada keluarga mangsa

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.049559 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top