Buah ceri bukan sahaja mempunyai rasa yang menakjubkan dan sangat segar, ia juga memberi banyak manfaat buat anda. Ya, terlalu banyak manfaatnya kerana ia memiliki anti-oksidan yang sangat tinggi.
Secara amnya, buah ceri membantu memulihkan penyakit seperti insomnia, sakit sendi, gout dan juga perut buncit. Memang satu makanan yang boleh dipanggil sebagai powerfood! Semak kebaikan buah ceri seperti di bawah: 1. Melawan diabetes Mencari snek sihat tapi mempunyai diabetes? Ceri adalah jawapannya! Ia mengandungi indeks glycemic yang lebih rendah berbanding buah lain seperti anggur, pic dan plum.
2. Tidur lebih lena Mempunyai masalah insomnia, jus ceri mampu menanganinya. Ambillah jus ceri 30 minit sebelum makan malam. Ia mampu meningkatkan melatonin yang membantu tidur lebih lena. Ia juga sangat baik bagi anda yang mengalami jet lag. 3. Mengempiskan perut buncit Ada kajian mendapati tikus yang diberi makan serbuk ceri meskipun mengambil diet tinggi lemak, badannya tidak bertambah berat. Malah, banyak juga kajian mendapati ceri mampu menurunkan berat badan. 4. Melegakan sakit gout Mengambil buah ataupun jus ceri mampu menurunkan 35 peratus risiko diserang gout. Ia terbukti secara ilmiah bila pengambilan ceri selama dua hari sahaja mampu menurunkan 35 peratus risiko tersebut, berbanding mereka yang tak mengambilnya. 5. Nyah sakit sendi Sendi yang sakit, bengkak dan rasa tidak selesa dapat dipulihkan dengan pengambilan jus ceri, dua kali sehari. Malah ia sangat baik untuk wanita berusia 40 hingga 70 tahun yang mengalami sakit sendi ini. - CARI |
9
Bagus |
25
Marah |
5
Terkejut |
6
Sedih |
21
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hdon replied at 2-3-2017 09:38 PM
Susah nak jumpa ceri segar
manjalara_01 replied at 3-3-2017 01:06 PM
cherry fake slalu la jumpe
hdon replied at 3-3-2017 01:31 PM
Yang ni namanya ceri fake ke
manjalara_01 replied at 3-3-2017 01:53 PM
yup! cherry fake x sesedap cherry fresh
hdon replied at 3-3-2017 02:10 PM
Tak penah mkn ceri fresh lagi.. tp tak suka mkn ceri fake ni rasa mcm mkn gula
dinopower replied at 3-3-2017 02:48 PM
sbb tu try yg fresh.....
klau iols beli yg paket kecik rm20 je..... klau satu kotak besar t ...
hdon replied at 3-3-2017 05:46 PM
Mahalnya...
Aiol tak penah jumpa lagi yg fresh kt tmpt aiol tinggal ni
hdon replied at 3-3-2017 02:10 PM
Tak penah mkn ceri fresh lagi.. tp tak suka mkn ceri fake ni rasa mcm mkn gula
dinopower replied at 3-3-2017 05:52 PM
yg fresh manis buah la... bkn yg atas kek yg rendam air gula tuh
manjalara_01 replied at 3-3-2017 06:11 PM
kan? colour pun merah len mcm
yg fresh sedap, x same langsung mcm yg fake
hdon replied at 3-3-2017 06:16 PM
Teringin lak nak mkn yg fresh tu bila uols sume ckp sedap tp tak penah lg jumpa kt sini ke sbb aio ...
ADVERTISEMENT