Berikutan kegemaran anaknya terhadap kenderaan bomba, Ricky Kenneth Ballard Lestrange, seorang bekas ahli bomba di Australia sanggup membakar hutan bagi membolehkan anaknya melihat kereta bomba yang hadir untuk memadam api.
Memetik laporan media asing Illawarra Mercury, Ricky yang berusia 32 tahun pernah berjawatan sebagai seorang ahli bomba selama lima tahun, ketika itu dia memandu kereta sambil membawa dua orang anaknya melalui satu kawasan di luar bandar. Dia kemudian bertindak menyalakan api pada daun dan ranting di tepi jalan. Tidak berhenti setakat itu, dia sekali lagi menyalakan api di kawasan berumput, 4 km dari kawasan pertama tadi. Akibat cuaca panas kering di Australia kebelakangan ini, kawasan yang dinyalakan api oleh Ricky itu tadi segera berasap tebal. Mujur penduduk berdekatan segera membuat laporan polis dan bomba berjaya mengawal api dari terus merebak. Kira-kira dua hektar hutan telah habis terbakar akibat perbuatan itu namun tidak menjejaskan kawasan perumahan yang berdekatan.
Setakat ini, Ricky telah ditahan bersama anaknya yang berusia 13 tahun dan berdepan dua tuduhan berhubung kesalahan membakar yang akan dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun jika didapati bersalah.- CARI |
11
Bagus |
12
Marah |
14
Terkejut |
13
Sedih |
8
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT