CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Manusia Takda Otak!" - Netizen 'Bengong' Maki Pekerja Potong Rumput Di Tempat Awam

22-2-2017 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11140| Komen: 43|Original author: Oleh: Adib Za


Kasihan, buat kerja pun salah, tak buat pula dikatakan tidak bertanggungjawab dan pelbagai tohmahan lain. Itulah nasib yang dilalui oleh seorang pekerja Majlis Perbandaran Seberang Perai di Pulau Pinang. 


Seorang netizen berkongsi gambar pekerja kebersihan tersebut yang sedang menjalankan tugas memotong rumput. Dengan nada marah katanya tindakan lelaki itu memotong rumput di kawasan khalayak ramai boleh mengundang bahaya. 

"Inilah manusia paling tiada otak. Dah tahu orang ramai kat sini duk jugak mesin tak berhenti.."

Sudahlah tidak menunjukkan rasa kasihan langsung terhadap pekerja tersebut yang terpaksa menahan panas terik dan bekerja hanya berbumbungkan langit, kata-kata kasar pula yang dihamburkan. 

Tak dinafikan berada berhampiran orang ramai memotong rumput boleh mengundang bahaya. Namun, sebagai manusia yang mempunyai waras fikiran, perlu ke mereka yang sedang bekerja demi sesuap nasi itu dimaki begitu sahaja? 



Tidakkah mempunyai jalan lain agar terhindar daripada bahaya itu, si netizen inilah yang seharusnya beredar dari kawasan itu buat sementara waktu.

Memang sangat menyedihkan pemikiran yang hanya pentingkan diri sendiri ini. Bayangkan apa yang berlaku jika rumput di situ dibiar sahaja untuk jangka masa lebih lama? Tidakkah ia boleh merosakkan pemandangan dan lebih teruk menjadi sarang kepada binatang liar seperti ular? 

Status berkenaan yang dikongsikan laman Penang Kini turut mendapat reaksi kurang senang daripada netizen lain yang menyifatkan individu yang melemparkan kata nista itu tidak pandai menghargai jasa orang lain. 



Kesimpulannya, sebelum mengeluarkan apa-apa komen atau status berunsur negatif terutamanya, fikirlah dahulu tentang diri orang yang anda kritik atau marahkan itu. Jangan hanya kerana ingin diri sendiri terlepas dari bahaya, orang lain yang menjalankan tugas dimaki dan dicaci. 

Ucap terima kasih dan berikan sedikit penghargaan atau sekurang-kurangnya hindarkan perkataan kasar, rasanya sudah cukup bagi menunjukkan anda ada harga diri. - CARI 
20

Bagus
25

Marah
9

Terkejut
34

Sedih
19

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 22-2-2017 11:36 AM
yang meroyan tu takde otak sebenarnya..
Quote Apai90 22-2-2017 12:05 PM
Yg komplen yg takde otak sebenarnya.. Rasa diri dah hebat sangat.. Kalau tuhan nak ubah nasib seseorang bila2 masa je kedudukan kau dgn dia boleh  bertukar tau.. Time tu baru kau paham apa rasanya berada di tempat orang tu..


Orang tu menjalankan tugas dia, bukan salah dia.. kau takut jadi pape kau beralih la daripada situ..
Bila bercakap tak pakai otak macam ni la
Quote imransulaiman 22-2-2017 12:09 PM
Ada tak wajah yang ambil gambar abang mesin rumput ni? Aku nak tengok
Quote AyaqMeloSuam 22-2-2017 12:15 PM
errrr... ppuan tu bcakap dgn cermin ka? aiseehhh... kesiann... nk viral kkonon ada bekap dpt pemes.. last2 kena hencap caprut...
Quote cycra 22-2-2017 12:21 PM
begitulah nasib pekerja-pekerja pembersihan awam..potong rumput kena cerca..tak potong rumput kena hamput..satgi kalau dia p rehat sat bagi mesin dia sejuk, ambik gambaq pulak kata curi tulang..
sian depa..


kot mana pun masih x dapat memuaskan hati orang
Quote missinpiece 22-2-2017 12:25 PM
Bajet bagus je. Punyalah luas kawasan boleh je bersidai kt tmpat lain. Ape ingat dia tu King Coconut ke smpai org kena brenti mesin rumput sbb nak bagi bersidai kt situ? Banyak lg tmpat nk kena mesin. Keje x siap, kawasan semak samun kena viral lg nnt
Quote prettyuglybabe 22-2-2017 12:37 PM
abis ko nak tunggu rumput tinggi sampai ular bersarang ke baru boleh potong?
Quote Andyscenes 22-2-2017 12:39 PM
Orang gila yg br ada FB mmg camtu. Kejap kejap post. Beli spender pun post. Mangai
Quote alieyrina 22-2-2017 12:52 PM
Ooo aku cam area ni..ada flat pprt depan bua stop ni..
Quote lasagnaklcc 22-2-2017 12:53 PM
Kagum tgk org jepun potong rumput, ada kwn dia tolong pegang mcm pagar jaring halang batu/rumput dr kena org lalu lalang.

Lagipon dah nmpk org potong rumput buat apa berkuntum kat situ lagi.
Quote vanillaninja 22-2-2017 01:00 PM
Padan muka kena hencap secara berjemaah
Quote mejaputih 22-2-2017 01:03 PM
org yg post ni yg sebenarnya xde otak.
Quote liyamariska 22-2-2017 01:10 PM
Edited by liyamariska at 22-2-2017 01:16 PM

ai cuma senyum sinis dgn perangai manusia yg beraneka rupa...  
Quote salmon-suki 22-2-2017 01:12 PM
missinpiece replied at 22-2-2017 12:25 PM
Bajet bagus je. Punyalah luas kawasan boleh je bersidai kt tmpat lain. Ape ingat dia tu King Coconut ...

Kalau king coconut pun abg mesin tetap tegar menjalankan tugas die..dasar hor tu king coconut

Pdn muka budak y komplen tu..nak raih simpati sedonia utk hencap abg tu tp last2 dpt makian...nti lau budak tu jmpe lg org duk mesin rumput,sila mesin skali ngn budak tu...bru dpt belas ehsan drpd netizen..tu pn kalau kes ne x leak..puihh
Quote mey12 22-2-2017 01:15 PM
pesen main fb sesikit nak post ginilah jadinya, semua benda nak diviralkan. last last kena batang hidung sendiri kena kecam balik. padan muka hang diknon!
Quote cocorex 22-2-2017 01:57 PM
ada problem ker ngan abg tu?..aku rasa cikki nie bengang kot sbb abg tu xlayan dia yg konon vogue da vass melepak kt situ
Quote matchstick 22-2-2017 02:06 PM
dia bosan tunggu bas x lalu2 kot..tu yg ngadap fb update psl org potong rumput dpn dia. display kebodohan sdiri.
Quote Leo_Gurlz 22-2-2017 02:13 PM
Dahh tugas dia potong rumput kat situ lepas siap dia blah lahhh. kau tuhh yg tak ada otak. Mujur ada orang nak pi potong rumput kat kawasan tuhhh. Harap org yg duk buat bising tuhh sampai ke pinggang rumput tumbuhh
Quote ctsueraya 22-2-2017 02:29 PM
so bosan ngn org mentality kelas 5 camni

APTB


Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.229188 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top