Jika tahun lalu, merekalah yang dikatakan pasangan paling secocok dan juga serasi, namun kini pengarah Michael Ang berkata Neelofa dan Fattah Amin tidak lagi selesa bekerjasama.
Memetik laporan Harian Metro, Michael mengakui dia kini masih dalam proses memujuk kedua pelakon tersebut untuk membintangi drama Hero Seorang Cinderella yang akan memulakan penggambaran pada 19 Mac ini. “Saya masih cuba memujuk mereka. Kalau tidak, saya akan paksa perkara ini terjadi.
“Kalau segala usaha menemukan mereka gagal, sebagai pengarah dan penerbit saya sudah bersedia dengan perancangan lain,” katanya. Katanya lagi, konflik yang berlaku antara kedua pelakon itu baru-baru ini mungkin menjadi penyebab kepada hubungan mereka renggang dan tidak lagi selesa bekerjasama. “Terlalu banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini membabitkan Lofa dan Fatah dan mungkin perkara itu membuatkan mereka tidak selesa untuk bekerja kembali bersama. “Tambah pula ada pihak lain cuba memperkotak-katikkan mereka membabitkan isu yang timbul sama ada membabitkan kerjaya mahupun peribadi," katanya lagi. - CARI |
20
Bagus |
17
Marah |
15
Terkejut |
21
Sedih |
7
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT