Sebelum ini pelakon Catriona Ross pernah mengalami kemurungan akibat dicemuh penerbit drama kerana memiliki badan yang besar. Kini aktres kacukan Melayu-Scotland ini bangkit semula dengan aura dan penampilan yang baru kerana dia berjaya mengurangkan berat badan dari 75Kg ke 58kg. "Saya lakukan secara semulajadi tanpa bantuan ubat kurus mahupun pembedahan. Saya buat secara ekstrem termasuk aktif sertai aktiviti mendaki gunung kerana tidak mahu proses menguruskan badan berlaku secara perlahan," katanya kepada mStar Online
Menurut ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, dia juga bertekad tidak mahu mengandung lagi. "Suami juga bersetuju, bagi kami perancangan keluarga sudah berakhir dan rumah tangga kami bahagia dan cukup meriah," katanya sambil mengakui fobia untuk melalui proses kehamilan dan menguruskan badan. Catriona mengakui yang suaminya sekarang bersikap sedikit cemburu, berbeza dengan semasa dia gemuk dahUlu. "Bila saya sudah kurus sikit, dia seakan agak risau. Kini dia banyak bertanya jika saya nak keluar rumah, saya rasa seronok apabila kembali mendapat perhatian suami." Wah, memang berbeza betul Catriona yang dahulu dengan sekrang. Makin cantik dan berseri-seri kan? Tidak hairanlah suiaminya berasa cemburu. -CARI
|
14
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
6
Sedih |
11
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT