Selalu kita dengar minum susu baik untuk kesihatan. Tak kira la susu lembu atau kambing, masing-masing ada khasiat dan kelebihan tersendiri. Tapi, pernah tak anda terfikir nak minum susu zirafah?
Menurut portal Metro.uk, sekumpulan penyelidik memerah susu zirafah selepas diberi pelali bagi mengkaji apa yang terkandung dalam susu haiwan berkenaan, pada tahun 1962. Hasil kajian menemui susu zirafah mengandungi 12.5 peratus lemak, 3.5 peratus lebih tinggi dari kandungan lemak dalam susu lembu! Bagaimanapun, susu zirafah mengandungi jumlah Vitamin B, B1, dan B6 yang sama dengan susu lembu, namun kandungan Vitamin A dan B12 jauh lebih tinggi dari susu lembu. Dalam erti kata lain, jika kandungan lemaknya dapat dikurangkan, susu zirafah akan menjadi lebih berkhasiat berbanding susu lembu yang kebiasaannya diambil bersama bijirin ketika bersarapan. Universiti Tufts dalam sebuah kajiannya mendapati mereka yang mengamalkan pengambilan lemak tenusu mempunyai risiko diserang diabetes 46 peratus lebih rendah. Wah, bagus tu! Namun, sayangnya tiada siapa berani menjalankan perniagaan dengan produk tenusu zirafah. Kenapa kebanyakan produk tenusu berasal dari lembu? Ini kerana deria manusia tak dapat terima susu dari haiwan mamalia lain. Susu kambing pun tak ramai yang mampu 'telan', inikan pula susu zirafah. - CARI |
23
Bagus |
23
Marah |
37
Terkejut |
23
Sedih |
14
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT