"Saya ini orang istimewa, bukan sebab saya artis tetapi sebab saya ada karenah yang orang susah nak terima. Lelaki pun ramai yang tidak mahu berkawan dengan saya."
Begitulah penjelasan daripada pelawak Abam (Bocey) yang kini sedang berkawan dengan beberapa wanita, namun masih belum ada yang berkenan di hati untuk dijadikan pasangan hidup. Menurut mStar Online, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih mesra dengan panggilan Abam, 29, mengakui dia memperkenalkan kesemua wanita terbabit kepada ibunya terlebih dahulu sebelum mereka berkawan secara serius. "Saya ada berkawan dengan ramai wanita tapi semuanya masih dalam proses berkawan sahaja, tiada lagi yang istimewa untuk dijadikan isteri.
"Selalunya saya akan bawa balik dan kenalkan kepada ibu dahulu, jika ibu berkenan saya akan serius dengan hubungan itu. Ada juga beberapa yang dia suka tapi saya pula tidak berkenan," ujarnya kepada mStar Online. Abam bagaimanapun tidak akan menolak sekiranya dipertemukan jodoh sesuai dalam tahun ini. "Pendek kata, kalau ada jodoh saya kahwin, kalau ada 'bodoh' saya blah," katanya. Dalam masa sama, Abam merancang untuk mengumpul aset dan simpanan sebelum mendirikan rumah tangga kerana sedar bentuk fizikalnya yang besar menyebabkan dia sukar mendapatkan pekerjaan sesuai. "Saya kena kumpul harta dulu sebanyak mungkin sebelum kahwin kerana saya tidak berkemampuan untuk bekerja lain selain menjadi pelawak. "Saya tidak boleh jadi pengawal atau kerja di restoran makanan segera seperti orang lain. Oleh itu saya perlu hargai betul-betul kerjaya saya sekarang dan kumpul harta untuk masa depan," jelasnya. Pilih calon isteri baik-baik Abam! Semoga Abam dipertemukan jodoh yang baik dan bahagia selalu. - CARI
|
35
Bagus |
28
Marah |
25
Terkejut |
21
Sedih |
18
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-MAL replied at 10-2-2017 05:16 PM
"Saya ini orang istimewa, bukan sebab saya artis tetapi sebab saya ada karenah yang orang susah nak ...
aku.semut.merah replied at 10-2-2017 05:53 PM
Apa perangai dia yg org lelaki pun susah nak berkawan?
ADVERTISEMENT