CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Salah Anggap! Air Rebusan Mi Segera Sebenarnya Sangat Berkhasiat

7-2-2017 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14505| Komen: 65|Original author: Oleh: Maly Rosli

Mi segera? Ramai yang menggilai makanan segera itu terutama kerana ia boleh diolah dalam pelbagai cara untuk menjadikannya lebih menarik dan enak dinikmati.


Foto: FriedChillies

Walaupun menjadi kegilaan ramai, namun tetap ada yang khuatir dengan kandungan zat di dalam mi segera. Ada juga yang sanggup membuang air rebusan mi, kemudian menggunakan air baru bagi membuat kuahnya.

Ini kerana kita mengetahui bahawa mi segera dilapisi dengan lilin bagi menghalangnya dari melekat selain nampak lebih cantik dan teksturnya lebih kenyal. Tetapi betulkah air rebusan mi yang mengandungi kandungan lilin boleh meracuni tubuh?

Menurut portal Dream.co, seorang pakar zat makanan dari Persatuan Ahli Gizi Indonesia (PERSAGI), Dr Marudut bagaimanapun berkata anggapan itu tidak benar.



Foto: Health Liputan6.com

"Air rebusan itu sebenarnya bagus kerana mengandungi pelbagai zat makanan seperti zink, folik asid, Vitamin B1 dan B2," katanya.

Marudut juga menyarankan untuk tidak memakan mi segera begitu sahaja, sebaiknya tambahlah telur, sayuran  atau hirisan ayam supaya sajian menjadi lebih sihat dan berkhasiat. 

Tahu atau tidak kebaikan dan keburukan mi segera, orang ramai tetap menyukainya terutama mi Maggie kari. Memang mengancam! - CARI
21

Bagus
20

Marah
7

Terkejut
12

Sedih
7

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 7-2-2017 05:33 PM
ooo.. baru tau..
tq TT..
Quote Artemesiaa 7-2-2017 05:56 PM
Betul tu kalau nak byk khasiat kena le tambah bahan2 lain daripada makan kosong cam tu je
Quote matchstick 7-2-2017 06:03 PM
Gitu pulok..mcm2 pendapat. Kejap bahaya kejap x bahaya. Mana 1 btol tah. Ni profeser indon ckp berkasiat boleh lah rakyat indon lahap mi sedap kriuk2 asli hari2.
Quote MH3703 7-2-2017 06:18 PM
maksudnya air rebusan mee yg belum ditaruk rencah tu ekk?
Quote siskepoh 7-2-2017 06:38 PM
lorrhhh sis baru tau. woowww
Quote dubuk 7-2-2017 06:47 PM
dubuk makan terus tak payah rebus ok tak
Quote GigaMom 7-2-2017 07:19 PM
Ntah betul ntah x
Quote CiliPadiSedap 7-2-2017 07:37 PM
kebodohan hujung jari... dh nama makanan segera bukan organik.. tentulah tak elok..
Quote eenhemo2 7-2-2017 08:00 PM
dubuk replied at 7-2-2017 06:47 PM
dubuk makan terus tak payah rebus ok tak

Een selalu buat macam ni dengan megi ruski. Fefeeling ala2 mamee monster

Renyuk goncang makan!!    
Quote insulin 7-2-2017 08:07 PM
Sedapnya maggi. Makanan ruji untuk orang bujang.
Quote ReginaGeorge 7-2-2017 08:36 PM
Bukan org bujang jer..yang dah kawen pon bila dah takda lubang nak digali, meggi jg yg mampu dobeli
Quote Joannalee 7-2-2017 08:41 PM
Mcm pelik je... dulu kata air revusan tu kene buang sbb penyebab cancer la ape la..: klu org endon yg kata x kesahla Edu ke x... mcm susah nk pecaya::. Xtau la kenapa
Quote dubuk 7-2-2017 09:01 PM
eenhemo2 replied at 7-2-2017 08:00 PM
Een selalu buat macam ni dengan megi ruski. Fefeeling ala2 mamee monster

Renyuk goncang makan! ...

sedap kannn krup krup krapp dua bungkus jalan

Quote evlinne 7-2-2017 10:09 PM
eenhemo2 replied at 7-2-2017 08:00 PM
Een selalu buat macam ni dengan megi ruski. Fefeeling ala2 mamee monster

Renyuk goncang makan! ...

Sedapnya Ruski. Iols suka sangat tp susah dicari. Yg paling hampir rasa dgn Ruski tu pun mee orang Siam buat kerabu Thai tu. Serda kot namanya
Quote Elle_mujigae 7-2-2017 10:10 PM
Tak percaya la.. kita masih akan rebus dua kali bila masak maggi..dan guna air yg dah ditapis..
Quote Elle_mujigae 7-2-2017 10:17 PM
insulin replied at 7-2-2017 08:07 PM
Sedapnya maggi. Makanan ruji untuk orang bujang.

Makanan ruji ye.. kesian dia......Cepat-cepatlah kahwin pakcik Insulin.... nanti dah selamat bernikah, makan pakai terjaga....untuk breakfast isteri masakkan nasi lemak lauk sambal paru/kerang/sotong... untuk lunch pula,masak mee bandung Udang... untuk dinner pula steak medium well with mashed potatoes and coleslaw as side dish.. sebelum tido,isteri buatkan dgn penuh kasih sayang warm almond milk with kurma...  

Haaa... best tak..
Quote Jagendas 7-2-2017 10:25 PM
legend meggi ni
dari zaman hostel sampai dah beranak pinak ..



Quote eenhemo2 7-2-2017 10:42 PM
evlinne replied at 7-2-2017 10:09 PM
Sedapnya Ruski. Iols suka sangat tp susah dicari. Yg paling hampir rasa dgn Ruski tu pun mee orang ...

Setuju!! Megi ruski sangat sedap!! Dulu2 pilihan utama een maggi tomyam tu. Bila da start rasa ruski, mmg terbaik. Start kenal sejak tahun 2003.

Tp, lama2 rasa dia dah macam kurang umph dah. Sedih sgt  

  {rz
Quote WajibulGhunah 7-2-2017 10:43 PM
Yg tak elok tu perencah dia kut
Bnyk angt garam boleh mnybbkn bnyk penyakit

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.061152 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top