"Adi kini sudah mula buat program seminar matematik sendiri." "Kini Adi sasar untuk mengadakan seminar dan akan terus menerbitkan buku E-Book siri dua, tiga, dan seterusnya mungkin lepas ini Adi buat online seminar dan kelas online, insya-ALLAH."
Demikian yang dinyatakan oleh Adi Putra Abdul Ghani, selepas tamat seminar bersamanya, Adimatik yang diadakan di Hotel De Art kelmarin. Adi Putra, seorang kanak-kanak genius yang suatu ketika dahulu namanya mula menitir dibibir rakyat Malaysia kerana mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik seperti algebra, indeks dan trigonometri. Setelah sedekad 'menghilangkan' diri, Adi Putra yang kini telah berumur 18 tahun mula mengorak langkah untuk menyebarluas ilmu matematik yang dimilikinya untuk dikongsi bersama rakyat Malaysia. Ketika ditanya mengenai pembelajarannya kini, Adi berkata, dia hanya belajar sendiri di rumah.
"Memang belajar 'home schooling' di rumah itu sahajalah Adi tak ada pergi belajar secara pendidikan formal," katanya. Sehubungan itu, ujar Adi besar harapannya agar rakyat Malaysia terus memberi sokongan kepada kerjayanya dalam bidang matematik.- CARI |
7
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
3
Sedih |
11
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mokcikKSKB replied at 6-2-2017 04:29 PM
Dia sallu je dtg skolah ajar tips2 mudah belajar matematik.bukan dia dh hbis spm ker?mesti subject l ...
ADVERTISEMENT