Akibat sikap tidak bertimbang rasa masyarakat, seorang mangsa langgar lari di New Delhi maut selepas kehilangan banyak darah. Orang ramai yang berada di tempat kejadian dan melihatnya dilanggar bas tidak mengendahkan rayuan mangsa yang merayu untuk bantuan.
Sebaliknya mereka hanya berebut-rebut untuk mengambil gambar dan video kejadian menggunakan telefon bimbit. Anwar Ali, 17, dibiar terbaring di jalan raya selama setengah jam selepas basikal ditunggangnya dirempuh bas ketika mahu ke tempat kerja di Koppal, Karnataka.
Menurut laporan Bangalore Mirror, doktor mengatakan mangsa mungkin dapat diselamatkan jika dia menerima rawatan awal. Kejadian itu sekali gus mencetuskan kemarahan pengguna Internet India. Sumber mengatakan ada juga yang menawarkan air kepada mangsa, namun tiada siapa yang mahu membawanya ke hospital. -CARI
|
8
Bagus |
11
Marah |
9
Terkejut |
19
Sedih |
7
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT