CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lawatan Mengejut, Kakitangan Hospital Kantoi Tidur Beramai-ramai Sewaktu Bertugas

1-2-2017 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10655| Komen: 20|Original author: Oleh : Hafiz BZ




TIDUR dan curi tulang sewaktu bekerja bukanlah sesuatu perkara yang baru. Ia berlaku dimana-mana sahaja sama ada disedari atau pun tidak oleh pihak majikan. 

Beberapa hari lalu, sebuah video yang memaparkan beberapa orang kakitangan sebuah hospital tidur sewaktu bertugas tular di media tempatan Indonesia.

Apa yang mengejutkan, bukan seorang dua yang ditangkap sewaktu tidur nyenyak pada "shift malam" itu tetapi semua kakitangan di kaunter pertanyaan hospital terbabit.

Akibatnya, ramai pesakit tidak dapat berurusan untuk mendaftar masuk dan mendapatkan rawatan pada malam itu.


Selepas mendapat aduan, seorang pegawai kesihatan (kacak persis pelakon filem sinetron) ditemani beberapa kakitangan lain turun melakukan pemeriksaan mengejut bagi mengetahui apakah punca sebenar yang menyebabkan kaunter pertanyaan kosong tanpa kakitangan apabila menjelang tengah malam.

Akhirnya semua kakitangan yang tidur sewaktu bertugas itu dimarahi oleh pegawai tersebut dan dibuang kerja serta-merta.

Lihat video dibawah :

Loading FB Video...

Difahamkan, kemungkinan besar kakitangan yang terlibat itu bekerja di tempat lain pada siang hari dan mengambil peluang untuk tidur sewaktu bekerja shift malam di hospital terbabit.

Sikap kakitangan yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah itu turut mendapat kritikan dari netizen.



Adakah anda juga pernah tergolong dalam golongan curi tulang sewaktu bekerja? Jika ada, bertaubatlah sebelum terlambat. - CARI



15

Bagus
12

Marah
3

Terkejut
5

Sedih
14

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 1-2-2017 06:15 PM
Thread pasal ni dah ada sis. Ummah masing2 melting dek kesadoan MA itu.
Quote siskepoh 1-2-2017 06:16 PM
ni membunuh ni. xpasal dari staff tidur beramai-ramai patient pulak mati brjemaah
Quote Artemesiaa 1-2-2017 06:20 PM
Siaran ulangan
Quote missyL 1-2-2017 06:29 PM
igtkn kt malaysia,
indon ke,
k fine
Quote ronapink 1-2-2017 07:01 PM
thread dah lama ada,

wartawan makan gaji buta
Quote syasyafina 1-2-2017 09:46 PM
ak x setuju sgt part shift malam siang kene tdo.. dah tu anak depa x skolah ke kene join tido jugak waktu siang.. xyah makan sume.. tdo sejam dua waktu siang xkn sama ng tdo 8 jam waktu malam..
Quote merrissa 1-2-2017 09:46 PM
seorang pegawai kesihatan (kacak persis pelakon filem sinetron)


badan ketak2 kot....

aku ingat deme tidoq bawah mejaaa....rupernya smpai ke dalam bilik...makan gaji buta...
Quote Siputjelly 1-2-2017 11:19 PM
aku ingatkan kat malaysia. luls.
Quote aldilla_zahraa 2-2-2017 01:03 AM
Tu bukan MA. Tu gabenor Jambi. Bekas pelakon. Nama dia Zumi Zola.
Quote chinta89 2-2-2017 08:49 AM
dah basi psl ni. baru nk ulang tayang?
Quote ciwi1166 2-2-2017 09:03 AM
eh bukan kakitangan hospital selalu meroyan kat fb kerja banyak sampai tak cukop tidor ke?
Quote Nt-ViruS 2-2-2017 11:04 AM
mirror video ade ke?,
Quote jiji85 2-2-2017 07:02 PM
syasyafina replied at 1-2-2017 09:46 PM
ak x setuju sgt part shift malam siang kene tdo.. dah tu anak depa x skolah ke kene join tido jugak  ...

sila la berhenti kerja atau cari kerja yg xda syif malam biar tidur 8jam ckup..masa keja bkn utk tdo..org sakit nak mampus xda nye nam tggu mereka bgun tdur baru nak start sakit..
Quote bubblegummy 3-2-2017 03:51 AM
ingatkan kat msia tadi, rupenye negara jiran
Quote fromheaven 3-2-2017 11:39 AM
Klu kat emergency x ada la mcm ni. Exaggerate je
Quote ReginaGeorge 3-2-2017 01:39 PM
loh.. ingatkan kat mesia. nak tido, tido la. kesian pulak khen. keje spital rest tak menentu. tp takyah kot tido smpai masuk bilik  
Quote Aizuzu 3-2-2017 04:58 PM
Penat berkerja kot
Quote Qnqn 4-2-2017 12:57 AM
Hahaha tapi even kalau kat malaysia pun i rasa kalau take a nap sekejap takde masalah, nurse mesti penat. Tapi kalau tidur berjemaah memang liar biasa pelik dia
Quote fusarium_neo 4-2-2017 03:16 AM
Yang penting Pak Gabenor sangat lah hensem..kalah KJ

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.135638 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top