Di Georgetown, seorang pemilik rumah tumpangan dijatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini. Tertuduh, Ong Hock Soon, 38, mengaku bersalah kerana memiliki video dan gambar lucah seorang pelancong dalam telefon bimbitnya.
Menurut laporan Harian Metro, Ong yang juga seorang ejen hartanah didakwa memiliki video serta gambar lucah dalam telefon bimbitnya ketika berada di Me N U Cafe and Lounge, Jalan Stewart jam 10.30 malam, Sabtu lalu. Dia didakwa merakam gambar seorang pelancong lelaki Ireland berusia 28 tahun yang ketika itu sedang mandi di tingkat dua rumah tumpangan tersebut. Mangsa yang menyedari sedang dirakam bertindak merampas telefon bimbit tertuduh sebelum bertindak membuat laporan polis.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. -CARI
|
12
Bagus |
4
Marah |
12
Terkejut |
19
Sedih |
18
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Mary_jane replied at 1-2-2017 05:35 PM
Sedap sangat lah badan jejaka irish tu.
batman_2007 replied at 1-2-2017 06:06 PM
I percya je jantan irish tu dapp.
sepitsiput replied at 1-2-2017 06:48 PM
meola imagine jantan irish tu iras2 Jonathan Rhys Meyers
ADVERTISEMENT