Gara-gara menumbuk muka bekas suami, seorang wanita yang bekerja sebagai pembantu tadbir didenda sebanyak RM600 oleh Mahkamah Majistret Melaka.
Majistret Norina Maludin memerintahkan Raihana Anuar, 30, menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda. Memetik laporan Berita Harian, tertuduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan dengan menumbuk muka bekas suaminya yang berusia 33 tahun di sebuah rumah di Taman Datin Fatimah, Bukit Rambai, kira-kira jam 8 malam, pada 16 Mei 2016. Raihana didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bgaimanapun, peguam bela tertuduh Faiezad Razali, memohon hukuman ringan dikenakan terhadap anak guamnya dengan alasan perlu menanggung dua anak berusia empat dan lima tahun, selain berpendapatan RM1,700 sebulan. -CARI
|
6
Bagus |
14
Marah |
3
Terkejut |
8
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pooh~key replied at 22-12-2016 10:01 AM
Akak syak bininya dirasuk roh hang tuah sis.
TuntungReturn replied at 22-12-2016 10:22 AM
https://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/ibu-tunggal-didakwa-tumbuk-muka-bekas-suami-1.422989
si ...
ADVERTISEMENT