Peningkatan kos sara hidup yang membebankan sekarang mengundang pelbagai reaksi dari rakyat dan baru-baru ini luahan oleh pelakon dan pengarah, Ahmad Idham menjadi perhatian ramai.
Isu yang dibangkitkan adalah mengenai tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat peminjam dari pergi ke luar negara yang dikatakan sebagai tidak wajar. Menerusi laman Twitternya, Ahmad Idham menyatakan yang dia kasihan melihat kebanyakan nama graduan yang mempunyai pinjaman dengan PTPTN disenarai hitamkan oleh pihak imigresen. Dia turut mempersoalkan kredibiliti kerajaan yang seolah-olah tidak mempercayai rakyat sedangkan rakyatlah yang memilih pucuk kepimpinan yang dipercayai untuk mentadbir negara.
Peluang pekerjaan yang sukar didapati dengan kebanyakan syarikat sudah gulung tikar termasuk syarikat-syarikat besar yang mengambil tindakan membuang pekerja menambahkan lagi beban graduan. Jika yang bekerja pun, gaji yang diperolehi cukup-cukup makan dan hanya mampu menampung keperluan asas sahaja. Personaliti popular tanah air ini juga mencadangkan supaya tindakan lebih bijak wajib diambil bagi membantu graduan membayar kembali hutang pembelajaran tersebut. Kebanyakan netizen bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan namun ada juga yang mempunyai pendapat mereka sendiri. Isu graduan dengan PTPTN memang tidak berkesudahan, namun hutang memang wajib dibayar walau dengan apa jua cara sekali pun. Terpulanglah kepada diri masing-masing untuk memikirkan bagaiamana cara terbaik untuk menyelesaikannya. Pendapat anda pula bagaimana? -CARI
|
11
Bagus |
21
Marah |
13
Terkejut |
29
Sedih |
20
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cmf_premierleag replied at 1-2-2017 05:21 AM
Ada lak duit nak pi obersi
Tp takde duit nak bayar hutang
tagas replied at 1-2-2017 02:00 PM
Dia tak berfikir aras tinggi agak nya
Camne lak dgn student2 baru dari
ADVERTISEMENT